Usah kritik keras agar tidak timbul salah faham

Usah kritik keras agar tidak timbul salah faham

AHMAD Zahid Hamidi dianggap seorang Presiden parti yang sangat bijak dalam percaturan pemulihan menerusi penjajaran kerajaan perpaduan. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2023 melabuhkan tirainya dan apa yang mencuri tumpuan adalah semasa sesi perwakilan membahaskan ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hasil daripada rangkuman keseluruhan perbahasan, ternyata setiap perwakilan menunjukkan kematangan dan tidak pula kurangnya yang berani menegur dan mengkritik dengan keras dasar kepimpinan beliau.

Pun begitu, gesaan Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim yang secara menyindir berkata, janganlah tunggu terlalu lama untuk melakukan pengkhianatan ke atas parti dari dalam dan turut menempelak suara sumbang yang meminta parti menerima kembali mereka yang telah dipecat keahliannya daripada UMNO amat menarik perhatian umum.

Bagi saya, tidak seharusnya pucuk pimpinan parti merangkak dan merayu kepada mana-mana pemimpin yang telah dipecat atau digantung keahlian parti.

Sementelah agak sedikit pelik akan lontaran suara Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros yang menyifatkan kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya adalah satu kesepakatan yang rapuh kerana didirikan atas persefahaman parti-parti politik demi menyelamatkan negara, bukan kerana keserasian.

Sementara itu, Ketua Pemuda, Dr. Akmal Saleh yang kenyataannya mengundang kontroversi kerana lantang mengkritik Presiden dengan mendakwa kerjasama ini lahir kerana tiada pilihan lain yang terbaik melainkan bekerjasama dan meletakkan kepentingan rakyat.

Pada saya, keluhan dan kritikan seperti itu sepatutnya dielakkan agar tidak timbul salah faham terutama kepada pengundi Melayu dan ahli akar umbi UMNO. Malah boleh memberi kesan kepada pengundi untuk tidak memilih calon PH.

Keadaan ini amat merugikan UMNO, seolah-olah menampakkan secara jelas berlakunya pergeseran antara pemimpin dan Presiden.

Jadi, UMNO mesti pragmatik dalam pendekatan dan strategi politiknya.

Mujurlah UMNO dapat diselamatkan lebih awal dan sepatutnya bersyukur kerana mempunyai seorang Presiden yang sangat bijak dalam percaturan pemulihan menerusi penjajaran kerajaan perpaduan yang dapat bertahan sehingga ke saat ini walaupun terdapat pelbagai usaha dan cubaan untuk menggugatnya.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya