Tukar syarat dapat galak lebih ramai orang muda tunai haji - Utusan Malaysia

Tukar syarat dapat galak lebih ramai orang muda tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETIKA ini antara syarat-syarat melayakkan pendeposit mendaftar haji adalah mempunyai baki minimum dalam akaun Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebanyak RM1,300 dan tidak pernah menunaikan fardu haji.

Namun, syarat itu tidak relevan dan ia seolah-olah mendiskriminasi golongan kurang berkemampuan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. Justeru, mohon jasa baik Tabung Haji supaya dapat mengubah syarat pendaftaran haji dengan membolehkan orang ramai yang membuka akaun walaupun serendah RM10 dapat mendaftar.

Ini kerana jika dilihat, ramai dalam kalangan anak orang berada sahaja dipanggil untuk menunaikan ibadat haji walaupun masih berusia belasan tahun kerana ibu bapa mendaftarkan haji dan menabung bagi pihak mereka. Namun, perkara sama tidak berlaku bagi golongan kurang berkemampuan yang kini merupakan majoriti penduduk di negara ini.

Tabung Haji perlu mengubah ukuran kemampuan seseorang berdasarkan skala berpendapatan rendah (B40), sederhana (M40) dan tinggi (T20) kerana ia tidak tepat. Penilaian itu perlu bergantung juga kepada komitmen perbelanjaan dan jumlah tanggungan mereka.

Jika tiada usaha untuk mengubah syarat itu, maka akan ada kerugian besar buat golongan yang ditakdirkan lahir dalam kalangan miskin dan sederhana. Kebanyakan daripada mereka hanya mampu menabung dan mendaftar haji dengan bayaran RM1,300. Bila mana berumur 20-an atau 30-an sekadar untuk mendaftar haji dan terpaksa pula menunggu satu tempoh lama untuk beribadah.

Dan amat malang, panggilan haji hanya boleh disahut pada usia emas dan pada ketika itu kudrat pun sudah kurang. Jadi, apa salahnya syarat-syarat itu ditambah baik bagi membolehkan lebih ramai orang muda yang masih bertenaga dan sihat untuk menunaikan ibadah tersebut. – UTUSAN

JIBRAIL, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya