Tidak guna penyatuan kalau masih rebut kuasa

Tidak guna penyatuan kalau masih rebut kuasa

AHLI politik disaran menghayati Perkara 11 dan 12 dalam Proklamasi Orang Melayu demi mempertahankan kedudukan istimewa mereka di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMPEN penyatuan orang Melayu bertujuan mempertahankan hak kedudukan istimewa mereka dan kesucian agama Islam dengan tidak menyentuh mana-mana kaum lain menyaksikan momentum yang amat baik di seluruh negara.

Melihat situasi negara hari ini, semakin ramai orang Melayu bersetuju dengan agenda ini.

Kini pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri akan berlangsung 12 Ogos ini.

Dengan sokongan orang Melayu yang semakin bertambah, mana-mana parti politik yang membawa agenda sama, besar kemungkinan mendapat sokongan dan seterusnya berpeluang memenangi PRN ini.

Sebagai manusia biasa, tidak dinafikan setiap daripada kita mempunyai keinginan tertentu.

Maka, kedengaran suara-suara angkuh yang mengaku cukup kuat, tidak perlu yang lain bersama-sama untuk menempuh PRN kali ini. Inilah sifat-sifat yang akan membawa rebah.

Setelah melihat adanya peluang yang sungguh baik, perasaan angkuh, tamak dan dengkimendengki mula timbul dalam diri masing-masing.

Perjuangan yang asalnya tadi jujur akan berubah kepada mencari peluang bagi diri sendiri. Ingatlah, walau segala apa perancangan kita buat, pastinya perancangan Tuhan adalah yang terbaik. Kejayaan itu belum tentu, ditambah pula dengan perasaan hasad dengki yang menyelubungi diri.

Banyak lagi perlu diusahakan dan memerlukan pengorbanan untuk betul-betul dapat menyaksikan orang Melayu bersatu. Jika kita membiarkan diri diselubungi sifat-sifat dan sikap negatif, tiada gunanya penyatuan ini sekiranya ia berakhir dengan masing-masing berebut kuasa dan peluang.

Jika disebut Melayu mudah lupa, ramai yang melenting. Tetapi hakikatnya, bagaimana?

Hayatilah perkara-perkara yang tercatit dalam Proklamasi Orang Melayu terutama Perkara 11, iaitu justeru kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri sementara Perkara 12 adalah bertautlah semula, demi agama, bangsa dan negara.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya