Terima kasih Pas tapi sayang…

Terima kasih Pas tapi sayang…

PERJUANGAN penduduk selama 40 tahun tidak sia-sia selepas kerajaan negeri akhirnya membina Balai Raya Kampung Lubuk Batu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DIUCAPKAN ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pas kerana telah membina sebuah balai raya baharu di Kampong Lubuk Batu, Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Setelah 40 tahun lebih penduduk kampung memperjuangkannya (memohon) dan hasrat itu berjaya direalisaikan pada Jun lalu.

Kami warga kampung amat menghargai usaha Pas merealisasikan hasrat yang diimpikan sekian lama.

Tapi sayang, kerajaan negeri kepimpinan Pas tidak melanjutkan atau mengeluarkan peruntukan pembinaan sebuah masjid baharu di kampung Kubang Palas bagi menggantikan masjid sedia ada yang agak uzur struktur bangunannya. Masjid itu diperbuat daripada kayu sejak puluhan tahun sebelum ini. Bahkan tapak untuk tujuan itu terbiar sejak 20 tahun lalu.

Diharapkan Pas dapat teruskan lagi pembangunan tersebut dengan menukar bangunan berstruktur kayu kepada konkrit seperti Surau Kampong Iman Lapar.

Surau Kampung Lubuk Batu, Masjid Kampung Kubang Palas dan dewan sivik, kesemua bangunan ini dibina pada 1980-an lagi.

Kami terasa seperti terpinggir daripada kepesatan pembangunan, bagai ada sikap diskriminasi. Sedangkan sebelum ini ketika di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, banyak juga pembangunan dilakukan dan dinikmati sehingga hari ini.

Maaf, bukan ingin memburukkan mana-mana pihak terutama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini tetapi sudah jelas kemenangan empat penggal gagal membawa pembangunan atau perubahan di Kuala Telemong setaraf tempat-tempat lain seperti diharapkan oleh penduduk terutama pengundi mereka. Ia umpama diberi madu tapi dibalas hempedu.-UTUSAN

ANAK MUKIM
Kuala Telemong, Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya