Sampai bila nak harap keringat orang Bangladesh, Indonesia saja?

Sampai bila nak harap keringat orang Bangladesh, Indonesia saja?

RAKYAT Malaysia perlu bersedia bekerja di sektor 3D yang kini dimonopoli oleh warga asing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BENAR atau tidak, rakyat Malaysia tidak berminat bekerja di sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) walaupun mendapat tawaran gaji sangat menarik? Anda bayangkan diri sebagai seorang yang sudah begtu lama menganggur, sanggupkah anda bekerja sebagai kakitangan pembersihan, buruh di ladang sawit atau pekerja di tapak pembinaan?

Saya berani jamin, anda tidak akan bekerja di ketiga-tiga tempat itu. Ini bertitik tolak daripada rantaian kehidupan seseorang sejak lahir lagi. Sejak kecil, kita sudah tanamkan hasrat untuk tidak mengikut jejak langkah ibu bapa yang terpaksa bekerja di sawah atau menangkap ikan. Kita kesian akan mereka.

Tetapi pernahkah kita bertanya kepada ibu bapa, mengapa mereka bekerja dalam sektor demikian? Adakah mereka tidak mempunyai pilihan lain?

Keluarga di negara ini pada 1957 bukan macam sekarang. Dahulu kebanyakan keluarga mempunyai anak yang ramai dengan anak sulung biasanya ke sekolah sehingga darjah enam sahaja. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak cerdik.

Sebaliknya dia memberi peluang kepada adik-adiknya belajar pula. Inilah yang dipanggil pengorbanan. Dia kasihan melihat ayah dan ibu bekerja dalam sektor 3D untuk membesarkan mereka adik-beradik.

Ibu bapa ketika itu sanggup bekerja dalam sektor 3D demi masa depan anakanak. Mereka tidak mahu anak cucu hidup susah. Ini adalah keikhlasan ibu bapa selain menganggap pekerjaan sebagai ibadah.

Sementara zaman ini pula, keluarga lebih suka bekerja di kawasan industri yang lengkap berhawa dingin daripada memegang galah pemotong tandan kelapa sawit di bawah panas matahari atau bergelumang dengan pasir dan simen setiap hari.

Saya rasa keluarga di negara ini perlu bersedia juga berada dalam sektor 3D. Ini kerana sampai bila kita mahu mengharapkan titik peluh warga Bangladesh, Indonesia atau Pakistan yang mencari rezeki halal di negara ini?-UTUSAN

IMANULLAH IBNU ARASY DZIKRULLAH
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya