Saidina Abu Bakar ‘buka jalan’ laksana misi bebas Baitulmaqdis

Saidina Abu Bakar ‘buka jalan’ laksana misi bebas Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS terkenal sebagai bumi harapan, keselamatan dan juga kesejahteraan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP kali menyebut atau mendengar tentang Baitulmaqdis, secara automatik pasti ada dua nama yang akan terselit di minda, iaitu Saidina Umar al-Khattab dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang begitu terkenal dengan kisah mereka.

Namun, tanpa sedar sebenarnya ada satu lagi sosok penting dalam usaha pembebasan Baitulmaqdis yang jarang diberi tumpuan oleh umum, iaitu Saidina Abu Bakar.

Saidina Abu Bakar, khalifah pertama setelah wafatnya Rasulullah telah meninggalkan banyak sumbangan dalam dunia Islam termasuk usaha pembebasan kota Baitulmaqdis. Mengetahui niat dan rancangan Rasulullah untuk membebaskan kawasan itu, beliau bertekad untuk meneruskannya.

Kebijaksanaanya meneruskan rancangan Rasulullah adalah salah satu pembuka kepada langkah untuk membebaskan Baitulmaqdis.

Beliau sedar bahawa operasi ketenteraan diperlukan untuk menstabilkan Semenanjung Arab terlebih dahulu.

Yang kedua, Saidina Abu Bakar bijak dan menggunakan strategi pertahanan dan kemudian menghantar tentera untuk menyerang pelbagai kaum murtad yang bertebaran di Semenanjung Arab. Saidina Abu Bakar ingin menyatukan semua umat Islam supaya boleh meneruskan ekspedisi yang penting ke arah Baitulmaqdis dan al-Sham.

Sumbangan ketiga ialah menghantar empat tentera ke al-Sham. Langkah permulaan dilakukan adalah menyeru orang ramai di sekitar Arab seperti di Mekah, Taif, Yaman, Najd dan Hijaz menyertai tentera ke al-Sham bagi menentang golongan murtad dan berpegang teguh pada Islam.

Sehingga akhir hayatnya, Saidina Abu Bakar berkeras untuk memantau perkembangan kempen ketenteraan tersebut sehingga yang terakhir memilih Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah yang menggantikannya. Menyedari kota itu tidak mungkin dibebaskan semasa era pemerintahannya, beliau perlu memastikan penggantinya memiliki visi dan misi sama untuk mencapainya.-UTUSAN

AYUNI AMIRAH AJIN & PROFESOR DR. MOHD. ROSLAN MOHD NOR
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya