Pertahan Maqasid Syariah dalam kempen PRN

Pertahan Maqasid Syariah dalam kempen PRN

RAKYAT memainkan peranan dalam menentukan kemenangan calon pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dengan melaksanakan tanggungjawab dengan baik. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAQASID Syariah adalah perkara premier dalam kehidupan bernegara. Ia berkait pertimbangan terhadap sesuatu perkara demi menjamin kemaslahatan dan menolak kebobrokan serta berani memulihara kesuciannya.

Lima perkara dalam Maqasid Syariah yang perlu dlindungi serta dipertahankan.

Pertama, dalam soal menjaga agama. Selaras Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan ditetapkan sejak dahulu lagi. Kedudukan tinggi ini tidak boleh dipertikaikan sementara ajaran sesat dibanteras dan diwartakan. Isu-isu picisan juga diatasi secara tegas, hikmah dan bijaksana.

Kedua, menjaga nyawa memandangkan banyak risiko mungkin berlaku pada diri dan keluarga. Selain itu, kita perlu prihatin dengan nasib orang miskin. Mereka wajar dibantu dan diberi pembelaan tanpa mengira bangsa dan agama.

Ketiga, menjaga akal dari segi intelek. Ini akan membentuk masyarakat berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik yang mampu berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Keempat, menjaga harta melibatkan sumber ekonomi halal sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat mahupun negara. Ini termasuk menjauhi kes riba, syubhah melalui hutang, penyelewengan, rasuah dan penipuan.

Dan kelima, menjaga keturunan melalui pemantapan institusi perkahwinan, kursus praperkahwinan dan pemeriksaan kesihatan pengantin sebelum berkahwin.

Justeru, pemilihan pemimpin politik dalam sistem pilihan raya negeri (PRN) ini perlu dibuat dengan ilmu serta kebijaksanaan, bukannya emosi. Rakyat perlu tahu bahawa retorik dan propaganda semata-mata akan berkumandang 48 jam sebelum tarikh mengundi. Dalam masa sama, calon perlulah berkempen secara sihat dengan menolak fitnah dan tidak menyentuh perkara sensitif 3R (kaum, agama dan raja).-UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya