Perlu dibaiki papan tanda petunjuk jalan ke istana, kediaman rasmi MB - Utusan Malaysia

Perlu dibaiki papan tanda petunjuk jalan ke istana, kediaman rasmi MB

KEADAAN papan tanda petunjuk jalan cacat yang terletak di Persiaran Raja Muda, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PAPAN tanda petunjuk jalan yang jelas dan sempurna memainkan peranan penting untuk sesebuah organisasi termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Malah, salah satu daripada tanggungjawab hakiki sesebuah PBT adalah menjaga aset-aset supaya berada dalam keadaan baik, tidak cacat ataupun sakit mata memandang.

Sekiranya papan tanda petunjuk jalan itu berada dalam keadaan cacat ataupun lusuh, maka orang ramai pasti berasa kurang keyakinan terhadap keberkesanan serta tadbir urus PBT berkenaan.

Justeru, saya menggesa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membaik pulih papan tanda petunjuk jalan yang cacat ini. Aset ini terletak di Persiaran Raja Muda, Seksyen 5, berhampiran Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor.

Papan tanda itu memaparkan arah ke Istana Mestika, iaitu istana Raja Muda Selangor dan Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor yang kedua-duanya terletak di Seksyen 7.

Sejujurnya, saya telah pun memerhatikan situasi aset ini sejak setahun lalu. Oleh kerana kedudukan aset ini berada di laluan kenderaan yang sibuk, saya hanya berpeluang untuk merakam gambar pada 10 Julai lalu sebagai bukti kukuh.

Maka, dengan tersiarnya aduan tentang kecacatan papan tanda berkenaan di ruangan ini, diharapkan MBSA dapat mengambil tindakan segera dan sewajarnya untuk kebaikan bersama. – UTUSAN

HJ. KAMARUDDIN HASSAN, Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya