Pastikan bas tidak pamer lambang parti - Utusan Malaysia

Pastikan bas tidak pamer lambang parti

BAS membawa pelajar universiti balik mengundi tidak boleh mempamerkan sebarang lambang parti atau imej calon yang mampu mempengaruhi keputusan undi seseorang. – GAMBAR HIASAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

CADANGAN Pas baru-baru ini supaya disediakan bas bagi meringankan beban pengundi susulan peningkatan kos pengangkutan khususnya bagi memudahkan pelajar universiti balik mengundi pada 12 Ogos nanti perlu diteliti dengan sebaiknya.

Ini bagi memastikan penumpang bas tersebut bebas daripada dikenakan syarat tertentu yang boleh menguntungkan atau memihak kepada mana-mana parti atau calon.

Seperti kita tahu, tawaran pemberian elaun pengangkutan untuk pulang mengundi dalam konteks pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sekiranya mampu menimbulkan isu salah guna sumber kerajaan negeri atau Kerajaan Persekutuan ketika pilihan raya semata-mata untuk mendapatkan kelebihan undian.

Lebih-lebih lagi sekiranya inisiatif tersebut mempunyai hubungan secara langsung atau tidak langsung untuk menyokong calon kerajaan negeri berkenaan.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berpandangan, sekiranya penyediaan bas ini merupakan bantuan kemudahan pengangkutan untuk mendorong pengundi bagi melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka kepada negara adalah wajar dari segi faktor kenegaraan.

Namun, secara tegas perlu diingatkan bahawa inisiatif seperti ini tidak boleh mempamerkan sebarang lambang parti atau imej calon yang mampu mempengaruhi undi seseorang.

Rasuah semasa pilihan raya boleh berlaku apabila terdapat usaha untuk memberikan atau menerima sesuatu yang bernilai dengan tujuan mempengaruhi hasil pilihan raya atau mendapatkan keuntungan tidak sah.

Sekiranya kemudahan pengangkutan pulang mengundi ini diberikan secara wajar dan tidak melibatkan tindakan penyuapan atau manipulasi, umumnya ia tidak dianggap sebagai rasuah. Justeru, MCW mengesa agar isu ini diteliti dengan lebih terperinci. – UTUSAN

PEMERHATI RASUAH MALAYSIA (MCW)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya