MUDA jangan sembunyi pendirian dalam hati - Utusan Malaysia

MUDA jangan sembunyi pendirian dalam hati

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mempunyai corak kepimpinan tersendiri yang lebih menekankan politik baharu. – UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan empat calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, bulan depan.

Ia melibatkan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang, Batu Tiga, Sentosa dan Bukit Antarabangsa. MUDA juga sedang memuktamadkan senarai semua calon bagi PRN di lima negeri lain tidak lama lagi.

Seperti kita tahu, MUDA ditubuhkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 23 September 2021.

Penubuhan parti ini memenuhi perubahan berlaku selepas Langkah Sheraton 1.0 yang menyaksikan wujud kerjasama pelbagai parti. Oleh itu, MUDA mempunyai corak kepimpinan tersendiri yang lebih menekankan politik baharu.

Selepas pembentukan kerajaan perpaduan, parti itu terus membawa agenda mereka untuk memperjuangkan dan menyuarakan perkara yang relevan di Parlimen untuk kepentingan rakyat.

Langkah MUDA untuk bertanding solo pada PRN kali ini selepas melihat wujud kelemahan dalam pentadbiran kerajaan perpaduan termasuk memungkiri janji kepada rakyat dan isu-isu utama negara tidak diselesaikan dengan cara yang sepatutnya.

Faktor lain kerana MUDA tidak berpuas hati dengan kes-kes mahkamah membabitkan pemimpin dalam Kabinet kerajaan perpaduan yang senyap dan tidak diketahui status.

Keputusan pengundi pada 12 Ogos ini akan menentukan sama ada perjuangan MUDA diterima atau sebaliknya. MUDA mahu membawa perjuangan berbentuk membela rakyat dan membangkitkan isu-isu yang kini dianggap tidak relevan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, status pendirian MUDA sama ada menyokong kerajaan sedia ada atau pembangkang perlulah jelas. Tidak salah MUDA berjuang demi kepentingan rakyat tetapi pada masa sama perlu menjelaskan pendirian mereka.

Ini kerana dalam konteks arena politik Malaysia, konsep saling kerjasama dengan parti lain dan saling melengkapi antara satu sama lain adalah amat penting. – UTUSAN

SHARMIN KUTTY SIVARAMAN, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya