Markah PAJSK tidak sepadan prestasi pelajar

Markah PAJSK tidak sepadan prestasi pelajar

Ketika ini, pengiraan markah merit merangkumi 10 peratus kokurikulum bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin memohon melanjutkan pengajian melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH sampai masanya Kementerian Pendidikan memberi penjelasan bagaimana penilaian Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan berikutan markah, gred dan laporan yang tidak konsisten dengan pencapaian sebenar murid. Ketika ini masih ramai ibu bapa tertanya-tanya, bagaimana penilaian dan pemarkahan aktiviti kokurikulum dan di luar bilik darjah dilaksanakan?

Objektif kewujuan PAJSK sangat baik, namun pelaksanaan penilaian, penggredan, perekodan dan pelaporan serta keupayaan sistem itu perlu dipantau dan dikaji semula khususnya berkaitan kesahan, ketelusan dan ketepatan penilaian dilakukan oleh guru.

Ramai ibu bapa tidak peka malah segelintir guru mengambil remeh tentang pemarkahan dan pelaporan ini, seolah-olah tidak penting berikutan hanya membawa markah 10 peratus.

Ketika ini, pengiraan markah merit merangkumi 10 peratus kokurikulum bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin memohon melanjutkan pengajian melalui sistem Unit Pusat Universiti (UPU).

Perkara ini dibangkitkan berikutan terdapat insiden murid yang aktif di sekolah tidak dinilai sebaiknya. Apabila penilaian dan perekodan tidak dilaksanakan dengan baik, sudah tentu memberi kesan kepada nilai pencapaian dan gred purata murid.

Rentetan itu, kestabilan sistem berkenaan perlu dipantau berikutan terdapat rungutan pemarkahan direkodkan dengan baik oleh guru, namun ketidakstabilan sistem telah menjejaskan penilaian, perekodan dan pelaporan pencapaian murid. Apa yang dimasukan di dalam sistem tidak sama dengan apa yang tercatat di dalam laporan diberikan kepada murid.

Sekiranya pelaporan terhadap pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum terjejas, apa tindakan segera pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN) dalam memperbetulkannya Wajarkah dibiarkan murid menanggung kesan daripada kesilapan individu yang menilai, kelemahan dan ketidaktelusan prosedur pemarkahan mahupun ketidakstabilan sistem, atas alasan sistem telah ditutup?

Oleh demikian, wajar diadakan satu bentuk penilaian yang telus untuk menilai pencapaian kokurikulum dan aktiviti luar bilik darjah atau sekolah sekiranya pemarkahan ini ingin digunapakai sebagai mata merit kemasukan ke pusat pengajian awam setelah tamat SPM.

Diharapkan pemantauan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi memastikan murid tidak menjadi mangsa keadaan oleh kelemahan sistem pengurusan penilaian itu sendiri.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. ZUWATI HASIM
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya