Kurangkan perjumpaan dengan mahasiswa - Utusan Malaysia

Kurangkan perjumpaan dengan mahasiswa

ANWAR Ibrahim harus memberi fokus kepada isu-isu ekonomi seperti inflasi dan pengangguran belia. - UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEBELAKANGAN ini, sesetengah pihak menuduh Perikatan Nasional (PN) mengapi-apikan sentimen perkauman untuk meraih undi menjelang pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Dakwaan sedemikian bukan baharu kerana sejak sekian lama, PN dimomokkan sebagai batu api dalam memainkan isu-isu raja, perkauman dan agama (3R).

Bezanya sebelum ini, dakwaan sedemikian datang dari sebuah parti yang didominasi bukan Melayu, tetapi kini PN menghadapi serangan bertubi-tubi bukan sahaja daripada parti itu malah dalam kalangan penyokong kerajaan perpaduan.

Bagi saya, serangan-serangan sedemikian hanya taktik untuk mengalihkan perhatian pengundi akan masalah ekonomi negara yang kian merudum.

Seperti sedia maklum, ekonomi negara belum pulih sepenuhnya daripada pandemik Covid-19. Pelbagai janji dibuat, umpamanya penurunan harga minyak yang belum dan dijangka tidak akan ditunaikan.

Penurunan nilai mata wang ringgit yang parah mengakibatkan kenaikan harga mendadak kerana kita merupakan pengimport banyak barang keperluan harian termasuk makanan.

Yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang adalah orang Melayu, iaitu kaum terbesar dalam segmen berpendapatan rendah (B40).

Baru-baru ini, rakyat dikejutkan dengan keputusan Bank Negara Malaysia menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR). Bagi yang mempunyai pinjaman bank, mereka terpaksa membayar ansuran bulanan yang lebih tinggi.

Alasan kerajaan kononnya menaikkan OPR bertujuan menstabilkan mata wang tempatan tidak masuk akal langsung kerana ringgit terus jatuh.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan lebih asyik menghadiri program-program seperti dialog bersama penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) menjelang PRN.

Sebagai Menteri Kewangan, beliau harus memberi fokus kepada isu-isu ekonomi seperti inflasi dan pengangguran belia terutama yang memberi impak terus kepada rakyat. – UTUSAN

SHUKOR ABDUL RAHMAN, Gombak, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya