Konsep Malaysia Madani formula perkuat keharmonian pelbagai kaum - Utusan Malaysia

Konsep Malaysia Madani formula perkuat keharmonian pelbagai kaum

KONSEP Malaysia Madani adalah satu formula yang memperteguh kestabilan dan survival ummah selain menolak isu perkauman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JUMLAH penduduk Malaysia pada 2019 ialah 32.6 juta dengan 29.4 juta daripadanya berstatus warganegara manakala 3.2 juta lagi bukan warganegara. Tahun lalu meningkat kepada 32.7 juta penduduk.

Daripada jumlah itu, bumiputera merupakan majoriti dengan 69.3 peratus manakala Cina (22.8 peratus), India (6.9 peratus) dan kaum lain (satu peratus).

Berdasarkan statistik ini, jelas kita mempunya alasan kukuh untuk menolak dan menyanggah persepsi serta spekulasi kononnya DAP akan merubah identiti negara dengan menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.

Dalam pada itu, ada parti politik cuba memutar belit fakta sejarah dengan membuat dakwaan palsu kononnya kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu sebagai penceroboh.

Berdekad-dekad lamanya kebencian, sifat perkauman dan tiada toleransi agama bersarang. Sepatutnya, Malaysia perlu menjadi sebuah negara model antarabangsa dengan kepelbagaian etnik, budaya dan agama dengan amalan toleransi, saling hormat-menghormati dan mengamalkan persefahaman.

Makanya, konsep membangun Malaysia Madani merupakan satu formula yang akan memperteguh kestabilan dan survival ummah.

Sikap kesederhanaan dan keseimbangan merupakan satu pendekatan yang diamalkan oleh generasi awal Islam sejak zaman Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. Asas untuk membina sebuah negara dan masyarakat madani bukanlah dari segi slogan semata-mata sebaliknya ia satu acuan yang harus ditekuni dan kemudian diterapkan sebagai panduan rakyat.

Oleh hal demikian, pembentukan kerajaan perpaduan sebenarnya telah mewujudkan satu landskap politik negara yang membezakan antara blok sederhana yang mengutamakan keharmonian dengan blok ekstremis yang memecah-belahkan masyarakat dengan memainkan isu perkauman.

Malah yang lebih teruk lagi, ada parti yang berpayungkan Islam dilihat menjadi sebahagian penggalak kepada penyebaran kebencian serta bersikap prejudis terhadap kaum lain.
Sebenarnya, sikap ekstremis tidak akan membantu kita untuk membina sebuah negara bangsa yang teguh. – UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya