Kemarau panjang rosakkan dedak haiwan ternakan - Utusan Malaysia

Kemarau panjang rosakkan dedak haiwan ternakan

RAMAI tidak menyedari penternak turut berhadapan ancaman pencemaran toksin kulat dalam dedak haiwan. – GAMBAR HIASAN/ MUHAMAD SHAHIZAM THAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

CABARAN sering diperkatakan dalam bidang penternakan adalah harga dedak yang melambung tinggi.

Namun, tidak ramai menyedari penternak kecil turut menghadapi ancaman lain melibatkan pencemaran toksin kulat dalam dedak haiwan.

Dedak berfungsi sebagai sumber nutrisi penting untuk haiwan ternakan bagi menjamin tumbesaran, kesihatan dan produktiviti.

Malangnya, pencemaran toksin kulat dalam dedak haiwan ternakan adalah satu isu meluas dan berpanjangan.

Ini kerana pola iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat dan penghasilan toksinnya.

Toksin kulat dikenali sebagai mikotoksin boleh menjangkiti tanaman seperti jagung, gandum dan kacang soya yang lazim digunakan dalam formulasi dedak.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara akan berdepan El Nino bermula April sehingga September ini. Menurut kajian, keadaan ini akan merancakkan lagi pertumbuhan kulat dan penghasilan mikotoksin.

Selain perubahan iklim, pencemaran mikotoksin dalam dedak haiwan juga dipengaruhi amalan pengurusan ladang dan kaedah penyimpanan dedak kurang baik.

Mikotoksin ini boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan haiwan ternakan seperti jangkitan penyakit, pengurangan selera, tumbesaran dan penghasilan susu, penurunan fungsi imun serta kematian.

Selain itu, mikotoksin juga boleh mencemarkan produk makanan hasilan haiwan seperti susu, telur dan daging, lantas menimbulkan risiko kepada kesihatan manusia selaku pengguna.

Akibatnya, penternak kecil akan hilang mata pencarian disebabkan oleh penurunan produktiviti haiwan ternakan, peningkatan kos veterinar dan risiko penolakan produk mereka oleh pasaran. – UTUSAN

DR. NIK ISKANDAR PUTRA SAMSUDIN, Institut Pertanian Tropika & Keselamatan Makanan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya