Kalau kita susah, masih ada yang lebih susah

Kalau kita susah, masih ada yang lebih susah

KEDAIFAN dialami penduduk di Kampung Tuek Thla, Banteay Meanchey, Kemboja menyebabkan mereka jarang dapat merasai daging. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TARIKH 10 Zulhijah dalam kalendar hijrah merupakan tarikh keramat bagi semua umat Islam di seluruh dunia termasuk di Kampung Tuek Thla, Banteay Meanchey, Kemboja.

Ini kerana pada bulan ini, mereka dapat melaksanakan ibadah haji dan korban.

Biarpun di Malaysia ibadah korban dilakukan di merata tempat, namun pengalaman menyambut hari raya korban di negara luar seperti Kemboja memberi keseronokan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Melihat keadaan masyarakat kampung itu sudah cukup untuk membuatkan air mata mengalir. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang kerana majoritinya bekerja sebagai petani dan nelayan. Adakalanya mereka hanya mampu menjamah nasi sekali sehari.

Kedaifan menyebabkan mereka jarang dapat makan daging. Bayangkan, kemudahan asas seperti bekalan air bersih, sekolah, lampu jalan dan sebagainya tidak disediakan di kampung berkenaan.

Paling menyentuh hati apabila melihat anak-anak membesar tanpa mendapat pendidikan sempurna. Kalau ke sekolah pun, perlu melalui jalan tidak berturap yang mengambil masa hampir sejam.

Sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, sebanyak sembilan ekor lembu dan lima ekor kambing disumbangkan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Yayasan Al-Abqari, Surau Makrifah dan RHB Bank melalui Program Kembara Adha ke Bumi Kemboja untuk penduduk kampung tersebut.

Sebagai anak jati Malaysia, tiada apa yang lebih bermakna selain melihat kegembiraan dan senyuman terukir di wajah penduduk kampung dan anak-anak di situ apabila menerima sumbangan.

Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dibesarkan di negara yang kehidupannya jauh lebih baik berbanding negara lain. Harus diingat juga, kalau kita rasa kita susah, masih ada yang lebih susah di luar sana.-UTUSAN

NURUL SHAFIQAH
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya