Jumpa doktor segera kalau panas baran, suka melenting

Jumpa doktor segera kalau panas baran, suka melenting

MASALAH panas baran dan tekanan emosi perlu segera dirawat bagi mengatasi peningkatan bilangan kes keganasan rumah tangga.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARI demi hari ada sahaja laporan mengenai perihal rumah tangga tersebar luas di media sosial berpunca daripada individu yang bersifat darah panas.

Darah panas atau panas baran merujuk pada individu yang tiada daya untuk mengawal dan ketidakupayaan menahan emosi apabila sedang marah.

Baru-baru ini, terdapat satu kes seorang penganggur sanggup mencederakan isterinya dengan sebilah pisau. Kejadian ini berpunca daripada sikap suka melenting dan ‘naik tangan’ terhadap pasangan.

Menurut pemerhatian, banyak kes melibatkan kehancuran rumah tangga berpunca daripada sikap panas baran sehingga mampu mencederakan pasangan. Bahkan ada kes yang menyebabkan kematian.

Bagi saya, pucuk pangkal seseorang individu bersikap agresif dan baran berpunca daripada masalah kesihatan mental yang tidak stabil. Perkara ini sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan mereka.

Memetik kenyataan pakar pengamal am, Dr. Ramzdhan dalam satu soal jawab di sebuah portal kesihatan, faktor yang mendorong seseorang panas baran adalah daripada gejala tekanan berlebihan.

Ekoran daripada tekanan tersebut, sikap berang dalam diri individu yang berdarah panas itu lebih membuak-buak sehingga pasangan mereka turut terkesan.

Sementara Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara yang juga pengamal ilmu kaunseling, Dr. Airil dalam satu artikel menyatakan, marah adalah suatu tindak balas semula jadi dan secara automatik terhadap kesakitan fizikal atau lazimnya kerana gangguan emosi.

Namun begitu, emosi marah boleh dikawal dengan memberi ruang dan peluang kepada diri sendiri untuk bertenang selain mengosongkan fikiran. Hal ini kerana individu terbabit tidak mendapat rehat yang cukup.

Tuntasnya, pihak berkuasa haruslah memainkan peranan penting untuk membendung isu ini dengan memberikan khidmat nasihat kepada individu terlibat dalam keganasan rumah tangga. Individu yang mempunyai gejala panas baran dan tekanan emosi juga perlulah berjumpa doktor pakar dengan segera.-UTUSAN

NUR MUNIRAH NORDIN
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya