Jangan sesekali anggap elaun pelatih sebagai beban syarikat

Jangan sesekali anggap elaun pelatih sebagai beban syarikat

ELAUN kepada pelajar sepanjang latihan industri perlu dipertimbangkan memandangkan mereka perlu menampung pelbagai kos.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LATIHAN industri bertujuan memberi pendedahan tentang suasana dunia pekerjaan di samping mempelajari ilmu dan kemahiran dalam organisasi supaya pelajar boleh membuat persediaan sewajarnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Namun, dalam bab pemberian elaun kepada pelatih industri (intern) yang dipraktikkan selama ini adalah atas dasar pilihan dan sukarela syarikat.

Elaun latihan industri tidak harus dilihat sebagai beban kos semata-mata oleh syarikat memandangkan kelangsungan hidup sepanjang tempoh praktikal memerlukan perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan seperti penginapan (bagi yang jauh dari tempat tinggal), pengangkutan, makanan, teknologi maklumat dan lain-lain terutama di kawasan bandar.

Ada pelajar tidak diberikan tugas yang sewajarnya kerana sesetengah syarikat teragak-agak memandangkan tiada elaun atau jumlahnya terlalu rendah. Maka dalam hal ini, pelajar mendapat dua kerugian, iaitu tidak banyak perkara boleh dipelajari dan kesukaran meneruskan kelangsungan pembelajaran ekoran jumlah elaun diterima adalah rendah atau tidak dibayar langsung.

Namun begitu, jumlah elaun latihan industri tidak boleh disamakan dengan kadar gaji minimum golongan pekerja walaupun beban tugas adalah hampir sama. Adalah tidak wajar sekiranya pelajar membandingkan jumlah elaun dengan gaji pekerja sepenuh masa sebagai satu bentuk penindasan.

Justeru, wujud keperluan untuk mengadakan satu akta khusus bagi melindungi pelatih industri. Adalah diharapkan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Persekutuan MajikanMajikan Malaysia (MEF) serta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dapat berbincang untuk merangka satu polisi yang sesuai bagi melindungi pelajar latihan industri.

Antara perkara perlu diketengahkan dalam perbincangan ialah takrifan pelajar latihan industri, pengiktirafan sumbangan tenaga kerja pelajar, kadar minimum elaun pelajar, kesesuaian tugasan, hak sebagai pelajar dan industri serta isu perlindungan keselamatan dan kesihatan pelajar. Ini sebagai usaha bersama dalam menghasilkan graduan berkualiti bagi menjamin masa depan negara yang lebih baik.-UTUSAN

DR. ELYA NABILA ABDUL BAHRI
Fakulti Perniagaan & Ekonomi
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya