Jangan aniaya pelanggan syarikat kurier - Utusan Malaysia

Jangan aniaya pelanggan syarikat kurier

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, banyak aduan berhubung perkhidmatan sebuah syarikat kurier, namun tiada penambahbaikan sehingga kini. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini sudah terdengar angin bertiup kencang tentang perkhidmatan sebuah syarikat kurier yang agak teruk. Pernah juga kecoh di media sosial apabila ramai pengguna bukan sahaja merungut tetapi mengamuk disebabkan barang mereka ‘diperam’ terlalu lama sejak sebelum hari raya lagi.

Malah lebih teruk, ada yang hilang barang tanpa justifikasi daripada pihak kurier berkenaan. Sepatutnya sebagai sebuah syarikat kurier yang gah namanya, mereka perlu memastikan tempahan produk pelanggan sampai di depan pintu rumah.

Saya juga antara salah seorang mangsa. Penghantaran dari Selangor dengan tarikh sampai barang ke Pulau Pinang pada 17 April lalu tidak sampai pada tarikh sepatutnya. Malangnya, barang tersebut hanya sampai ke rumah saya pada 28 April lalu.

Saya juga telah banyak kali menghubungi syarikat kurier tersebut untuk mendapatkan maklumat tetapi satu panggilan pun tidak dijawab. Mungkin ketika itu musim perayaan tetapi mustahil tiada seorang pun yang bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan.

Walaupun kali ini terkena batang hidung sendiri, namun difahamkan aduan daripada pengguna lain sudah banyak tetapi nampaknya tiada tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini walaupun sejak beberapa tahun lalu.

Saya berharap pihak kurier dapat memberitahu sebab-sebab mengapa berlaku kelewatan, seterusnya mengambil tindakan menyeluruh untuk mengatasi kelemahan ini. – UTUSAN

PENGGUNA MALANG, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya