Iran-Arab Saudi berperang hanya sebab rebut kuasa - Utusan Malaysia

Iran-Arab Saudi berperang hanya sebab rebut kuasa

IRAN dan Arab Saudi bersetuju memulihkan semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selepas rundingan dikendalikan China pada Mac lalu. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ARAB Saudi adalah sebuah negara yang paling besar pengaruhnya di Semenanjung Arab manakala Iran juga merupakan kuasa Islam besar.

Kedua-dua negara ini membawa nama Islam sehingga terkenal ke serata dunia. Bagaimanapun, kesejahteraan negara-negara di Asia Barat mula terhakis sedikit demi sedikit akibat percaturan geopolitik kedua-dua negara ini yang masing-masing mahukan pengaruh.

Ini menjadi titik tolak kepada episod permusuhan dan ‘memijak kepala’ sesama Islam dengan masing-masing negara giat mencari pengaruh.

Kerenggangan hubungan antara Arab Saudi dan Iran adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati dan perbezaan pandangan melalui faktor sektarianisme atau kecenderungan untuk berpecah mengikut fahaman politik.

Merapatkan hubungan dengan pemerintah sesebuah negara menjadi titik utama mereka mendapat sokongan. Pada masa sama, naungan kuasa asing membolehkan Arab Saudi dan Iran mengembangkan pengaruh masing-masing.

Penduduk di serata Arab Saudi dan Iran yang berbeza fahaman terpaksa akur dengan keadaan perang dingin tersebut walaupun ada yang cuba menyelamatkan negara Islam daripada berpecah belah.

Malah tidak terjangkau dek akal, terdapat juga campur tangan dari negara luar iaitu China yang turun padang membuat perjanjian perdamaian baru-baru ini demi menjaga kemaslahatan hubungan dua hala antara kedua-dua negara tersebut.

Pun begitu, langkah China terbabit dipercayai bagi menonjolkan pengaruhnya sebagai kuasa baharu bagi menggerakkan proses perdamaian di Asia Barat jika dibandingkan kuasa besar Amerika Syarikat.

Sedarkah kita bahawa ‘peperangan’ antara Arab Saudi dan Iran ini berpunca daripada perebutan kuasa semata-mata. Ia telah mencatat sejarah hitam dan membawa lara kepada rakyat negara-negara berkenaan. – UTUSAN

NUR ZAHIRAH MOHD. FAUZI dan PROFESOR DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya