Berbahas dengan matang agar rakyat dapat penjelasan - Utusan Malaysia

Berbahas dengan matang agar rakyat dapat penjelasan

BILANGAN ahli Parlimen yang melakukan pemeriksaan kesihatan tidak ramai. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

AHLI Parlimen adalah cermin rakyat. Mereka perlu berbudaya ilmu dan mencari ilmu dalam pelbagai disiplin demi melaksanakan tugas ketika menyertai perbahasan. Mereka juga mesti berkemahiran digital serta berjiwa patriotik atas kapastinya sebagai penggubal undang-undang dalam amalan demokrasi berparlimen.

Justeru, mereka perlu mengharumkan nama negara melalui tindakan terpuji sepanjang masa. Dalam konteks tindakan memulau perbahasan Laporan Audit Negara oleh ahli Parlimen pembangkang di Dewan

Rakyat baru-baru ini, jelas menunjukkan ahli Parlimen kita belum mencapai tahap kematangan serta bersifat setengah masak sebagai semak dan imbang.

Tindakan ini seolah-olah tidak menghormati institusi Dewan Rakyat yang mulia. Parlimen adalah gelanggang debat. Adu kekuatan hujah memang wajar tetapi seharusnya didasari dengan semangat saling hormat dan saling menghargai.

Orang Melayu juga biasa berdebat, malah kadang-kadang berkelahi. Tetapi Melayu mempunyai gaya tersendiri dalam berkelahi.

Seperti diungkap Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang, berkelahi cara Melayu, menikam dengan pantun, menyanggah dengan senyum perlu dihayati dan diamalkan ketika berada di Dewan Rakyat.

Ahli Dewan Rakyat perlu mengawal emosi semasa berbahas secara tertib mengikut peraturan atau perintah (ruling) Yang Dipertua Dewan Rakyat dari semasa ke semasa.

Apabila seseorang bercakap, maka orang lain mestilah mendengar, tidak boleh mengganggu dan tidak boleh bersangka jahat atau mengeluarkan kata-kata kesat sesama ahli. Ahli boleh tidak bersetuju sesama sendiri, namun mesti tahu meraikan perbezaan pendapat dalam masyarakat.

Membuat provokasi terhadap orang lain adalah amalan yang tidak berparlimen. Jika dilakukan, boleh menyebabkan mereka digantung daripada menghadiri sidang dewan atau diminta keluar dewan.

Buatlah perubahan untuk mengawal tingkah laku. Setiap orang diberi waktu yang cukup untuk berbahas sementara rakyat mengikuti ucapan wakil mereka.

Sekiranya dimanfaatkan dapat meningkatkan mutu perbahasan serta sesi soal jawab boleh berlangsung dengan baik dan harmoni sebagai mekanisme terbaik untuk rakyat mendapat maklumat yang jelas. – UTUSAN

YOSRI ABU MAHSIN, Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya