Akan berubahkah sikap pengundi Melayu?

Akan berubahkah sikap pengundi Melayu?

KENGGANAN orang Melayu untuk keluar mengundi juga menjadi punca ketidakstabilan politik dan kepimpinan kerajaan. – UTUSAN/ MOHD. SHAHJEHAN MAAMINQ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN raya negeri (PRN) bagi enam negeri akan dilaksanakan tidak lama lagi. Sudah pasti negeri-negeri terlibat sibuk melakukan persiapan manakala penyokong dan ahli parti-parti akan turun membantu.

Pun begitu yang menjadi perhatian pada PRN kali ini ialah sama ada pengundi Melayu akan mengulangi sejarah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Walaupun orang Melayu merupakan penduduk majoriti dengan komposisi mencecah 70 peratus, namun hanya 11 peratus dikatakan mengundi Pakatan Harapan (PH) dalam PRU. Namun, semua akur dengan kerajaan perpaduan yang ditubuhkan melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, keengganan orang Melayu untuk keluar mengundi juga menjadi punca ketidakstabilan politik dan kepimpinan kerajaan. Dilaporkan lebih 30 peratus orang Melayu tidak keluar mengundi pada PRU lepas, sementara pengundi Cina mencatatkan jumlah peratus tertinggi keluar mengundi. Ini membuktikan pengundi Cina lebih komited terhadap tanggungjawab mengundi. Bahkan mereka yang berada di luar negara sanggup pulang ke tanah air pada hari pengundian menggunakan wang sendiri.

Oleh kerana sikap culas orang Melayu itulah menyebabkan wujudnya gabungan parti politik dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

Amat menarik untuk kita perhatikan, adakah sebahagian pengundi Melayu akan berterusan dengan sikap sama, mengulangi apa yang telah disebut oleh ramai berulangulang kali atau sudah timbul kesedaran untuk memilih parti dan pemimpin yang benarbenar ‘bersih’? Atau mereka tidak mengambil endah untuk keluar mengundi yang mana sikap itu adalah tidak bertanggungjawab.

Sama-sama kita tunggu dan saksikan.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya