Tunggu kekosongan di sekolah kerajaan punca lambakan guru

Tunggu kekosongan jawatan di sekolah kerajaan punca lambakan guru

GRADUAN Pendidikan Universiti Malaya (UM) dipersiapkan untuk memasuki pasaran terbuka yang tidak hanya bergantung kepada penjawatan guru di Kementerian Pendidikan (KPM) semata-mata. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

EKORAN artikel berkaitan lambakan graduan perguruan terbitan sebuah akhbar tempatan, saya teruja memberi respons berhubung isu ini selain berkongsi keunikan yang ada di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM).

Terdapat dua jenis program ijazah sarjana muda pendidikan (ISMP) sama ada dilaksanakan Fakulti Pendidikan atau secara kerjasama dengan fakulti lain.

Pertama, kesemua graduan ISMP dipersiapkan untuk memasuki pasaran terbuka yang tidak hanya bergantung kepada penjawatan guru di Kementerian Pendidikan (KPM) semata-mata. Graduan UM dilatih dengan kebolehan dan kemahiran abad ke-21 yang lebih berdaya saing.

Mereka bukan hanya mampu mengisi keperluan ikhtisas perguruan dalam sektor pendidikan, malah sektor-sektor lain seperti perkhidmatan, kebajikan dan penyiaran di syarikat-syarikat media massa.

Graduan kami turut menyumbangkan bakti sebagai pegawai kaunseling di pelbagai agensi dan institusi termasuk Jabatan Penjara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital kerajaan dan Institut Jantung Negara.

Graduan ISMP dalam Pendidikan Islam turut terlibat dalam pengurusan masjid di bawah Majlis Agama Islam Negeri.

Dalam sektor pendidikan juga, graduan UM turut mengisi keperluan sekolah swasta dan antarabangsa di dalam dan luar negara termasuk di Singapura, Australia dan Jepun.

Kedua, mereka juga dilengkapi dengan kemahiran keusahawanan dengan kemahiran membuka dan mengusahakan tadika atau taska.

Ketiga, berpeluang meneroka keperluan kepakaran dan ikhtisas pendidikan di peringkat prauniversiti, asasi dan matrikulasi di pelbagai pusat pengajian tinggi di seluruh negara.

Ketiga-tiga aspek ini membolehkan graduan pendidikan UM tidak hanya bergantung kepada KPM dalam memulakan kerjaya dalam industri pendidikan dan perkhidmatan yang luas.

Selain itu, dalam usaha kami mengorak langkah ke pasaran global dengan memberi perhatian kepada pembangunan program pascasiswazah dan professional, penekanan yang diberi adalah berorientasikan teknologi terkini.

Pengajaran pula berbentuk pembelajaran berasaskan pengalaman serta tindakan yang mencabar minda dan intelek.

Saya percaya kelebihan yang dibekalkan ini mampu mengisi kelompangan keperluan industri serta berpeluang merangka ruang untuk mencorakkan masa depan pendidikan negara dan dunia.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. ZAWAWI ISMAIL
Dekan Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya