Terlalu pilih kerja punca menganggur

Terlalu pilih kerja punca menganggur

ANTARA punca para graduan kekal menganggur adalah kerana sikap terlalu memilih pekerjaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, fenomena kian berterusan berlaku adalah sebilangan besar graduan masih lagi bergelut untuk mencari pekerjaan yang sesuai selepas menamatkan pengajian di menara gading.

Mereka harus menerima kenyataan terpaksa menjadi penganggur disebabkan peluang pekerjaan semakin mengecil sedangkan jumlah graduan yang keluar dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) meningkat setiap tahun.

Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan, peratusan tertinggi graduan menganggur pada 2020 meningkat kepada 4.4 peratus (202,400) akibat ancaman Covid-19.

Walaupun pada 2021, hanyalah 4.1 peratus (197,400 graduan), angka ini masih pada tahap membimbangkan.

Menurut satu kajian, antara punca graduan kekal menganggur adalah sikap terlalu memilih pekerjaan. Walaupun kurang pengalaman bekerja, kebanyakannya cuba memohon pekerjaan bergaji tinggi sekali gus bersaing dengan pemohon yang lebih berpengalaman.

Selain itu, kebanyakan graduan kurang cekap bekerja secara berdikari, lebih-lebih lagi mereka dari keluarga berada kerana terlalu bergantung kepada ibu bapa.

Malah graduan dilihat terlalu takut untuk mengambil risiko dan tidak mahu meneroka cabaran baharu dalam mencari pekerjaan.

Mereka sanggup menganggur dan menunggu sehingga dapat pekerjaan diidamkan.

Ada dalam kalangan graduan yang lemah kemahiran berkomunikasi termasuk sukar bertutur dalam bahasa Inggeris.

Oleh hal yang demikian, jangan buang masa. Graduan perlu bijak merebut segala peluang yang ada bagi memahami kebolehan mereka, belajar daripada kesilapan dan kembangkan lebih banyak kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan.-UTUSAN

FATIN NORIZATI MAT ISA & DR. MUHAMMAD RAQIB MOHD. SOFIAN
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya