Ramai keliru fakta Masjid Al-Aqsa

Ramai keliru fakta Masjid Al-Aqsa

KEKELIRUAN yang timbul telah membuka ruang dan peluang kepada tentera Israel ‘mencabul’ kesucian Masjid Al-Aqsa.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENJADI tanggungjawab umat Islam mengambil berat situasi di Palestin. Isu yang tidak berpenghujung ini menimbulkan kerisauan mendalam umat Islam seantero dunia.

Persoalan berkaitan Masjid Al-Aqsa sering kali menjadi tanda tanya ramai umat Islam.

Isu tersebut seperti sengaja ditimbulkan musuh Islam agar mereka dapat menceroboh masjid berkenaan.

Ramai keliru dengan fakta bahawa masjid itu merupakan kota lama Baitulmuqaddis yang dikelilingi tembok, sementara di dalamnya mempunyai banyak bangunan seperti Masjid Qibli, Kubah As-Sakhrah, Musalla Al-Marwani, Masjid Buraq dan lain-lain.

Seni binaan agung Islam dengan ciri kubah berwarna emas dibina antara 687 hingga 691 Masihi. Ketika tentera Salib menakluki Baitulmuqaddis pada 1099, mereka menjadikan Masjid Qibli sebagai istana dan Kubah As-Sakhrah sebagai gereja. Namun begitu, fungsi masjid dikembalikan semula setelah Salahuddin Al-Ayyubi mengambil alih kepimpinan kota tersebut.

Dua bangunan tersebut menjadi perhatian memandangkan seni binanya agak menarik serta lebih diketahui ramai. Oleh sebab itu, Israel mula mengambil peluang dan menyebarkan kekeliruan tersebut.

Jika umat Islam mula berdebat berkaitan isu tersebut, maka senanglah kerja mereka untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa yang merupakan masjid ketiga tersuci dalam Islam. Bahkan lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati dari aspek spiritual malah material seperti tanah subur yang menghasilkan tanaman terbaik, cuaca nyaman dan seumpamanya.

Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal dalam misi dakwah. Suatu masa dahulu, umat Islam bebas keluar masuk Al-Aqsa. Namun begitu, selepas penjajahan zionis, Masjid Al-Aqsa sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab.

Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin dan disokong ramai ulama disebabkan pengunjung perlu membayar sejumlah wang yang besar kepada pihak zionis.

Ini menyebabkan hanya sedikit daripada kita mengenali bangunan Al Aqsa yang sebenarnya.

Dek kekeliruan yang timbul telah membuka ruang dan peluang kepada tentera Israel ‘mencabul’ kesucian Masjid Al-Aqsa. Jika umat Islam mempelajari dan mengkaji fakta Masjid Al-Aqsa dengan lebih mendalam, kita mungkin dapat memberi kesedaran untuk terus berjuang mempertahankannya daripada diceroboh musuh.-UTUSAN

NURIFFAH JAMILANI
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya