Perbetulkan tabiat membaca di era singkat perhatian

Perbetulkan tabiat membaca di era singkat perhatian

PENGGUNA yang sentiasa menyemak kemas kini dan merasa penting untuk terus berhubung dengan rakan siber boleh menimbulkan rasa kebimbangan dan tekanan yang akhirnya boleh membawa kepada masalah kesihatan mental.– GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMBACA di era pengetahuan kini secara paradoksnya mencabar. Di kala mampu mengakses apa sahaja di internet, peluang membaca seakan sempit akibat ‘kekangan’ yang dicipta menerusi media sosial sehingga melahirkan fenomena ‘singkat perhatian’.

Ciri media sosial itu sendiri menatijahkan kurang daya perhatian pengguna. Ini berlaku apabila media sosial menyediakan kandungan pendek dan mudah dihadam secara berterusan. Ia secara langsung memberi impak berikut:

1. Mengurangkan daya fokus dan perhatian
Pengguna akan berterusan mengakses akaun untuk mendapatkan infomasi baharu serta melakukan pelbagai tugas (mengakses pelbagai platform dan web). Ia memberi kesukaran pada minda untuk fokus pada sesuatu perkara dalam tempoh yang panjang dan ini boleh menyebabkan kurangnya keupayaan untuk menumpukan perhatian, mengingati maklumat dan menyelesaikan masalah yang kompleks.

Kreativiti juga boleh terjejas apabila minda perlu membahagikan perhatiannya kepada pelbagai tugas (ketika mengakses media sosial). Ini berlaku apabila potensi minda yang sepatutnya boleh berfikir secara mendalam namun terjejas akibat perhatian dan pemikiran ditarik ke pelbagai arah serta diganggu dengan notifikasi, maklumat baharu dan informasi tidak perlu. Akibatnya turut memberi kesan kepada kemampuan minda untuk membaca secara serius, fokus, mendalam dan dalam tempoh masa yang panjang.

2. Meningkatkan tekanan
Pengguna yang sentiasa menyemak kemas kini dan merasa penting untuk terus berhubung dengan rakan siber boleh menimbulkan rasa kebimbangan dan tekanan yang akhirnya boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti ketagihan media sosial. Penghargaan sosial pula diukur secara digital hanya pada bilangan tontonan, tanda suka, jumlah perkongsian dan lain-lain.

3. Mengubah pilihan membaca
Mereka yang terdedah kepada media sosial lazimnya lebih sukakan kandungan yang pendek dan bervisual seperti bebenang pandangan, status ringkas, catatan blog dan infografik. Oleh kerana bahan bacaan itu sengaja ditulis ringkas, maklumat yang diperoleh tidak mendalam, kebanyakannya berpandukan sesuatu isu (yang kadang kala remeh dan tidak menjawab permasalahan sebenar), bersifat segera dan cepat juga dilupakan serta pengetahuan yang diperoleh berfragmen atau berpecah-pecah.

Di era ‘gangguan’ kini, daya perhatian ialah suatu yang premium. Kemampuan anda membaca satu persatu perkataan tanpa melakukan ‘skimming’ (sepintas lalu) terhadap karangan yang sengaja ditulis panjang ini menunjukkan anda dalam kalangan pembaca bertuah yang masih berkemahiran memberi daya tumpuan perhatian yang sewajarnya. Pemenang hadiah Nobel, Herbert Simon pernah meramalkan bahawa kekayaan maklumat akan mewujudkan kemiskinan perhatian dan ia berlaku kini.

Kemampuan meredakan perhatian singkat sudah pasti adalah dengan kembali membaca karangan yang panjang dan mendalam.-UTUSAN

DR. MOHD. KHAIRUL NAIM CHE NORDIN
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya