Pelajar perlu tahu mengapa Israel rebut Palestin

Pelajar perlu tahu mengapa Israel rebut Palestin

PELAJAR institut pengajian tinggi wajar memahami konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel sebagai pedoman selain lebih menjiwai sejarah Islam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KONFLIK yang berlaku antara Palestin dan Israel membuka peluang kepada orang ramai terutama pelajar di peringkat pengajian tinggi mempelajari tentang sejarah negara itu selain memahami mengapa Israel bersungguh-sungguh mahu merampas Masjid Al-Aqsa.

Walaupun Masjid Al-Aqsa bermakna buat umat Islam, namun ia juga penting kepada orang Yahudi kerana tempat terbinanya dua kuil kuno Yahudi.

Seperti yang kita sedia maklum, Palestin pada awalnya dihuni oleh umat Islam yang perlahan-lahan tersingkir dan menjadi wilayah Israel. Penjajahan Israel di Palestin hingga saat ini bukan hanya disebabkan oleh perebutan wilayah yang bertujuan sebagai tempat untuk hidup tetapi juga disebabkan oleh isu tanah yang dijanjikan.

Al-Kitab (bahagian perjanjian lama) menjelaskan dan menyebut secara berulang-ulang bahawa tanah Palestin adalah tanah yang dijanjikan Tuhan kepada nenek moyang mereka sejak Nabi Ibrahim hingga selama-lamanya dan bangsa Israel diperintahkan untuk merebut dari bangsa yang ada di dalamnya dan mendudukinya.

Sedangkan al-Quran menyatakan bahawa Allah SWT hanya memerintahkan untuk memasukinya bukan untuk dikuasai.

Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk keluar dari negerinya yang penduduknya menyembah berhala untuk pindah ke Palestin agar dapat menjaga akidah dan nyawanya kerana akan dibunuh oleh Raja Namrud seperti yang tertulis dalam Surah Al-Ankabut ayat 26 dan surah Al-Anbiya ayat 71. (Nabi Musa berkata lagi): “Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya) dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)”. (Al-Maidah : 21).

Namun selepas kekalahan negara-negara Arab dalam peperangan lima hari pada Jun 1967, pelbagai aktiviti dilakukan Zionis termasuk merosakkan masjid Al-Aqsa seperti merobohkan dinding Al-Magharibah yang terletak di sebelah barat masjid yang diratakan untuk menjadi tempat ibadat orang Yahudi.

Awal tahun 2000 berlakunya perubahan selepas pemberontakan Palestin menentang Israel yang dikenali sebagai Intifada kedua. Pihak Zionis bukan sahaja mengawal kawasan sekitar perkarangan Masjid Al-Aqsa tetapi juga mengambil alih akses keselamatan dan membenarkan orang Yahudi mengakses tapak tersebut tanpa had.

Israel juga menyekat kapal perang Muslim disamping sekatan umur dan menghadkan lelaki pada usia tertentu daripada memasuki tapak terutama jika Israel merasakan akan berlakunya protes atau perkara lain.

Masjid Al-Aqsa adalah simbol yang sangat kuat maka, apa yang berlaku memberi kesan yang besar dan bagi rakyat Palestin, ia menjadi lambang perjuangan, pengorbanan, tanah dan identiti mereka.-UTUSAN

NURUL AUNI AZIMAH ALI
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya