Pas teruskan propaganda 3R nak menang PRN?

Pas teruskan propaganda 3R nak menang PRN?

ZAMAN kegemilangan Pas sudah berlalu selepas era legasi kepimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat Nik Aziz.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), parti politik lawan menganggap Pas sebagai sebuah parti politik yang menumpang jenama Perikatan Nasional (PN) selepas parti Islam itu keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan menyertai PN hasil gerakan ‘pintu belakang.’

Namun, tidak dinafikan langkah itu seolah-olah menggadai prinsip dan dasar parti yang telah membuahkan hasil lumayan sebelum ini.

Ironinya, zaman kegemilangan Pas sudah berlalu selepas era legasi kepimpinan bekas Presiden, Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan bekas Mursyidul Am, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bahkan pendekatan politik parti itu kini dilihat lebih melawan arus daripada agenda perjuangan asal.

Atau dalam kata lain, roh perjuangan Pas yang asal sudah lenyap atau disifatkan telah mati. Apa yang dilakukan kalangan pemimpin tertinggi Pas hari ini adalah menukar haluan baharu agenda perjuangan, kononnya bagi memastikan kantung politiknya tidak kering dan mengekalkan demografi sedia ada.

Pas semasa PRU15 bernasib baik kerana memakai ‘pakaian korporat’ PN yang berjaya menarik sokongan anak muda berumur 18 tahun ke atas di samping jenama kuat Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya yakin Pas akan terus mencipta propaganda 3R (raja, agama, bangsa) dengan niat masyarakat di luar sana percaya tentang keburukan dan kejahatan DAP yang diimiginasikan secara liar.

Ini kerana banyak kenyataan yang tidak mempunyai fakta dan disampaikan secara salah dan tidak adil. Ini terbukti apabila banyak video lama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditularkan semula.

Saya juga difahamkan parti pembangkang di Pulau Pinang menyediakan kempen #trykalihpenang. Marilah kita lihat parti mana yang boleh memikat pengundi Pulau Mutiara itu dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti.-UTUSAN

MUZAKKIR HARON
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya