NGO pengguna, kerajaan tidak boleh ‘bermusuh’

NGO pengguna, kerajaan tidak boleh ‘bermusuh’

PEMIMPIN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna mesti mempunyai pengetahuan yang luas mengenai struktur kerajaan dalam usaha membantu orang awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BEBERAPA kementerian, jabatan dan agensi termasuk syarikat berkaitan kerajaan di peringkat nasional, negeri dan tempatan seperti Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Tanah dan Ukur, pejabat daerah, Kementerian Pendidikan, Pendaftar dan Pemeriksa Kenderaan Bermotor, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Telekom Malaysia mempunyai hubungan rapat dengan orang ramai.

Untuk menilai mutu perkhidmatan organisasi-organisasi berkenaan, maka pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengguna mesti mempunyai pengetahuan luas mengenai struktur kerajaan.

Selain itu, mereka perlu mengambil tahu juga tentang tugas dan fungsi serta tanggungjawab pegawai dan kakitangan setiap jabatan.

Tujuannya untuk memastikan setiap aduan yang diterima oleh NGO mendapat perhatian sewajarnya daripada pegawai-pegawai kerajaan. Ini juga bagi memastikan maklumat atau bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan betul selain mengurangkan kekeliruan.

Bahkan, ia juga dapat melindungi pengguna daripada birokrasi dalam perkhidmatan kerajaan.

Ada kalanya agak sukar untuk berurusan dengan kerajaan sama ada dari segi politik atau pentadbiran dan ini boleh memberi kesan kepada usaha NGO dalam membantu rakyat apabila wujud ‘permusuhan’ antara mereka. Bagaimanapun, NGO tidak perlu terlibat dalam persengketaan itu.

Oleh demikian, pada dasarnya hubungan antara pergerakan pengguna dan kerajaan seharusnya berdasarkan kepercayaan, saling hormat-menghormati dan bekerjasama untuk kepentingan bersama yang membawa faedah kepada negara pada keseluruhannya.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya