Mohamed Azmin layak jadi poster boy - Utusan Malaysia

Mohamed Azmin layak jadi poster boy

Tindakan PN tolak draf awal undang-undang antilompat parti punca Bersatu rugi apabila empat ahli parlimen parti itu isytihar sokong PM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, ada pihak mendakwa Pas Selangor memberikan reaksi dingin kepada cadangan agar pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijadikan poster boy Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi sekali gus diangkat sebagai calon menteri besar (MB).

Untuk merungkai isu ini, kita perlu menyingkap sejarah politik tanah air yang menyaksikan sejak penubuhan PN, Bersatu adalah parti tunjang. Pengerusi PN ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.

Mengikut hierarki dan kebiasaan amalan politik, keputusan calon MB sesebuah negeri sepatutnya ditentukan oleh pengerusi gabungan parti-parti. Amalan ini diguna pakai dalam Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH).

Justeru, Muhyiddin patut diberi budi bicara untuk menentukan calon MB. Dilihat secara total, Pas kini memerintah di Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perlis manakala Bersatu tidak menerajui mana-mana negeri.

Seelok-eloknya, Bersatu sebagai parti tunjang PN diberi mandat untuk memimpin Selangor dan Negeri Sembilan sekiranya ia menang kelak.

Hujah bahawa Pas mempunyai lebih kerusi Parlimen yakni patut diberi keutamaan tidak boleh diguna pakai. Contohnya, dalam PH, DAP mempunyai lebih kerusi Parlimen daripada PKR tetapi Perdana Menteri adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, jika kita kaji sejarah politik negeri-negeri seperti Selangor dan Negeri Sembilan, calon Bersatu mempunyai kelebihan untuk diangkat sebagai MB berbanding Pas.

Di Selangor umpamanya, Mohamed Azmin merupakan MB dari 2014 hingga 2018. Beliau mempunyai pengalaman luas tentang pentadbiran Selangor dan lebih dikenali dalam kalangan pengundi di seluruh negeri itu.

Mohamed Azmin memahami keperluan dan cabaran dalam mentadbir negeri dengan baik. Sebab ketiga mengapa calon MB harus datang dari Bersatu adalah kerana komuniti bukan Islam di Selangor dan Negeri Sembilan lebih selesa dengan parti itu berbanding Pas. – UTUSAN

MOHD. HILMI ABDUL LATIFF, Sepang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya