Kedudukan istimewa orang Melayu bukan untuk hari ini sahaja

Kedudukan istimewa orang Melayu bukan untuk hari ini sahaja

MENJADI tanggungjawab orang Melayu untuk mempertahankan hak kedudukan istimewa mereka agar dapat diwarisi oleh anak cucu nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TIDAK kurang ramai juga orang Melayu mengatakan, tidak perlu lagi kedudukan istimewa orang Melayu dipertahankan ekoran negara sudah lebih 60 tahun merdeka. Maka sudah tiba masanya bangsa itu tidak perlu diberi ‘tongkat’ dan sebagainya.

Mereka yang berkata demikian mungkin dalam golongan ekonominya selesa dan mementingkan diri serta tidak bertanggungjawab.

Meneliti semula sejarah, kolonial Inggeris membawa masuk jutaan buruh dari tanah besar China dan India ke Tanah Melayu yang kemudiannya ditawarkan menjadi rakyat negara ini yang ketika itu baru merdeka.

Kolonial Inggeris juga menggunakan kaedah pecah dan perintah dengan memisahkan orang Melayu kekal menjadi petani dan nelayan yang berfungsi sebagai pembekal makanan kepada mereka. Orang Melayu dihalang daripada menyertai sektor ekonomi apatah lagi akses kepada pendidikan sehingga pokok getah yang ada nilai komersial dilarang ditanam di atas tanah milik mereka sendiri. Orang Melayu hanya cukup sekadar menanam padi, sayur serta menangkap ikan.

Akibatnya, apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka, orang Melayu tidak mengambil peluang ekonomi yang amat luas pada masa itu. Disebabkan itu, kita lihat kekuatan ekonomi kaum Cina hari ini.

Inggeris dan pemimpin-pemimpin Melayu pada masa itu sedar akan kekurangan ini. Maka dimasukkan kedudukan istimewa orang Melayu ke dalam perlembagaan bagi melindungi orang Melayu.

Secara mata kasar, kita dapat melihat kedudukan ekonomi orang Melayu lebih maju dan pada kedudukan lebih baik berbanding 30 tahun dahulu, Namun, kedudukan dan kemajuan ekonomi orang Cina sudah lebih jauh ke hadapan. Jurang ekonomi antara dua kaum ini semakin melebar kerana orang Cina sudah bersedia sejak dari dahulu.

Kedudukan istimewa orang Melayu ialah hak bangsa itu sampai bila-bila, bukannya hak orang Melayu 50 dahulu atau hari ini sahaja. Maka menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk mempertahankan hak ini agar dapat diwarisi oleh anak cucu nanti.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya