Jual air mentah 3 sen ke Singapura, rakyat ternanti tindakan Anwar - Utusan Malaysia

Jual air mentah 3 sen ke Singapura, rakyat ternanti tindakan Anwar

RAKYAT masih ternanti-nanti tindakan Anwar Ibrahim berhubung kos pembelian air mentah oleh Singapura dengan harga 3 sen setiap 1, 000 gelen sejak 61 tahun lalu yang dilihat terlalu rendah dan tidak munasabah. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETELAH melepasi 100 hari pentadbiran kerajaan perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilantik pada 24 November tahun lalu, menarik untuk saya ulas tentang azam, janji dan cita-cita murni yang mahu beliau laksanakan dalam pentadbirannya.

Banyak juga yang telah dan sedang dilakukan terutama hal dalam negara seperti menghapuskan rasuah, subsidi elektrik dan kos mengerjakan haji kepada golongan berpendapatan rendah dan sebagainya.

Namun, sebagai rakyat, kami turut ternanti-nanti pendekatan beliau membabitkan dasar luar negara. Bagi saya, ia sangat perlu diambil perhatian terutama kos pembelian air mentah oleh Singapura dengan harga 3 sen setiap 1,000 gelen sejak 61 tahun lalu.

Mengikut perjanjian semasa yang akan berakhir pada 2061, Malaysia membekalkan Singapura dengan 250 juta gelen air mentah setiap hari pada kadar 3 sen setiap 1,000 gelen. Malaysia kemudian membeli semula sebahagian daripada bekalan itu pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen.

Ketika Datuk Dr. Xavier Jayakumar memegang portfolio Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, beliau mendedahkan, selama ini negara memberikan subsidi kepada Singapura dengan menjual air mentah pada kadar amat rendah serta sangat tidak munasabah.

Kadarnya terlalu murah jika dibandingkan dengan kadar penjualan air mentah di negara lain seperti China ke Hong Kong (RM14.50 setiap 1,000 gelen), China ke Macau (RM6.80 setiap 1,000 gelen), China ke Taiwan (RM5.80 setiap 1,000 gelen) dan Turkiye ke Cyprus (RM10.37 setiap 1,000 gelen).

Apalah sangat dengan 3 sen sekarang? Jadi, saya yakin Anwar bukan sahaja seorang pemimpin yang bijak berpidato tetapi juga bijak berdiplomasi dengan ketua-ketua negara jiran terutama yang mempunyai hubungan sejarah. – UTUSAN

DZANMUO, Bakri, Muar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya