Jadikan hobi sebagai kerjaya menguntungkan - Utusan Malaysia

Jadikan hobi sebagai kerjaya menguntungkan

HOBI adalah aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang atau kerana minat mendalam. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, saya terbaca laporan menyatakan kerajaan sangat prihatin terhadap isu pekerjaan dihadapi anak muda menyaksikan sebanyak 46.2 peratus daripada golongan itu memperoleh jumlah pendapatan kurang RM2,500 sebulan.

Kebanyakan yang menerima pendapatan rendah berpunca daripada pekerjaan makan gaji sedangkan mereka boleh memperoleh lebih banyak dengan menjadikan hobi sebagai kerjaya.

Hobi adalah aktiviti rekreasi dilakukan pada masa lapang ataupun kerana minat yang mendalam. Tidak semua akan menjadi hobi semata-mata tetapi kita mampu mengubahnya menjadi kerjaya.

Beberapa perkara harus kita ketahui untuk menjadikannya sebagai kerjaya, antaranya mengasah kemahiran dan pengetahuan berkaitan hobi.

Ini boleh dilakukan melalui pembelajaran sendiri, mengikuti kursus atau menyertai komuniti yang mempunyai minat sama. Dengan meningkatkan kemahiran, kita boleh menjadi pakar dalam sesuatu bidang.

Kemudian, bina rangkaian dan cari peluang dengan menyertai pertandingan atau perhimpunan berkaitan hobi kita. Ini boleh membuka pintu untuk peluang baharu.

Dalam konteks kekeluargaan, sokongan penuh daripada keluarga merupakan antara perkara sangat mendorong kepada sesebuah kejayaan.

Mereka mampu memberi semangat untuk kita meneruskan hobi diminati sehingga berjaya menjadi sebuah kerjaya diimpikan. Kesimpulannya, menjadikan hobi sebagai kerjaya impian adalah langkah berani dan memuaskan.

Dengan mengasah kemahiran, membina rangkaian, meneroka peluang pekerjaan dan mendapat sokongan keluarga, kita mampu untuk merealisasikan impian ini dengan jayanya. – UTUSAN

MUHAMMAD NAIM MOHD. NAWI, Nilai, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya