Ikhlas dan jujurkah kita nak erat perpaduan kaum?

Ikhlas dan jujurkah kita nak erat perpaduan kaum?

PERPADUAN antara kaum merupakan kunci utama yang menyumbang kepada aspek kestabilan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat serta negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM titah perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan di Kuching, baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong menitahkan seluruh rakyat merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan agama bagi memastikan negara kekal harmoni.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu rakyat sedar walaupun penduduk negara ini berbilang kaum dan agama, namun perbezaan tersebut tidak boleh dijadikan jurang yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.

Dalam konteks ini, rakyat perlu berikhtiar dan berusaha secara sungguh-sungguh berpaksikan hati, perbuatan serta sikap yang jujur dan ikhlas untuk mengurangkan perbezaan bagi memastikan perpaduan menjadi aset tidak ternilai negara.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam ucapannya pernah mengungkapkan, perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara. Ironinya, kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum merupakan kunci utama yang menyumbang kepada aspek kestabilan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat serta negara. Ia juga menjadi pemangkin kepada kekuatan bagi menghadapi apa jua cabaran mendatang.

Tuntasnya, jatuh bangun rakyat dan negara ditentukan sepenuhnya oleh keampuhan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Perpaduan dalam kalangan rakyat juga bakal menjadi aset dan tonggak utama yang menjayakan pembentukan masyarakat dan negara Madani yang sedang diusahakan oleh kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memandangkan perpaduan adalah aset dan kunci utama kejayaan dan kehidupan rakyat, maka perlu ada usaha berterusan daripada semua pihak baik kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun masyarakat. Masing-masing perlu sedar peranan dan tanggungjawab untuk menyumbang kepada usaha memperkasa nilai dan tahap perpaduan.-UTUSAN

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED
Penganalisis isu semasa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya