Elak budak muda tiru perangai buruk kita

Elak budak muda tiru perangai buruk kita

GENERASI muda sebenarnya memperhatikan segala tingkah laku dan perilaku orang dewasa dan akhirnya mempraktikkan dalam kehidupan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASIH ingat lagi bagaimana seorang penyanyi teruk dikecam selepas bersikap tidak profesional dengan ‘sekolahkan’ pembaca berita sebuah stesen televisyen? Ketika itu ramai mempertikaikan adab penyanyi senior itu sedangkan sepanjang hidupnya dibesarkan dalam budaya ketimuran.

Nabi Muhammad SAW adalah sosok yang sentiasa berbuat baik kepada orang sekeliling sama ada Muslim atau tidak. Tidak pernah baginda menyakiti mana-mana perasaan manusia yang berjumpa dengannya.

Hal ini boleh dilihat apabila Rasulullah SAW berbuat baik terhadap jirannya dalam kalangan ahli kitab dengan memberikan hadiah: “Sayangilah orang-orang di bumi supaya kamu disayangi pula oleh yang di langit.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, Tirmizi dan Al-Hakim daripada Abdullah bin Umar).

Daripada Ibn Abas berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Bukan daripada golongan kami orang yang tidak mengasihi orang yang lebih muda dan tidak memuliakan orang yang lebih tua.” (Riwayat Abi Daud dan Al-Tarmizi).

Antara adab-adab mengasihi orang lebih muda adalah dengan menunjukkan teladan yang baik dan berbicara dengan nada mesra.

Apabila menjaga adab sekali gus akan melahirkan sisi keharmonian di sekeliling kita. Orang lain juga berasa selesa apabila berada di samping kita.

Walaupun nampak kecil, sebenarnya hal ini memberi impak yang besar dalam masyarakat.

Generasi muda sebenarnya memperhatikan segala tingkah laku dan perilaku orang dewasa dan akhirnya mempraktikkan dalam kehidupan. Jika perkara buruk yang diwariskan kepada mereka, bagaimanakah agaknya masa hadapan negara kita?

Marilah kita bersama-sama memperbaiki diri dengan mengikuti contoh teladan Rasulullah SAW dan memperbaiki cara berinteraksi dan bergaul agar dapat menjaga institusi peradaban, lebih-lebih lagi di tanah air kita yang dikenali sebagai negara mengamalkan tatasusila dan adab tinggi.-UTUSAN

SITI AYUNI JOHAR & DR. MUHAMMAD RAQIB MOHD. SOFIAN
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya