Elak berhutang, ukur bajudi badan sendiri

Elak berhutang, ukur baju di badan sendiri

JALANILAH kehidupan mengikut kemampuan, bak bidalan ukur baju di badan sendiri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HUTANG didefinisikan sebagai pinjaman, pembayaran yang ditangguh pada suatu tempoh masa yang ditetap dan disetujui oleh kedua-dua belah pihak. Tuntasnya hutang sangat popular dalam kehidupan manusia merentasi kaum dan sempadan, sama ada individu atau perusahaan, korporat atau institusi perbankan.

Dalam konteks negara juga meminjam daripada institusi kewangan antarabangsa dan serantau berdasarkan rezab kewangan semasa negara sebagai asas modal pinjaman untuk membayar semula khidmat hutang tersebut.

Hutang negara ketika ini dianggarkan RM1.3 trillion berbanding RM686 billion pada tahun 2018. Negara membayarnya secara berkala dan konsisten.

Kenderaan merupakan keperluan dalam kehidupan harian namun dalam konteks amalan kewangan yang seimbang, jumlah hutang bagi individu untuk membeli kenderaan yang disyor oleh pengamal kewangan tidak lebih 12 bulan emolumennya.

Rumah adalah keperluan asas individu dan keluarga. Harga rumah yang disyorkan untuk dibeli adalah 36 kali pendapatan bulanan pembelinya bagi memastikan kemampuan bayar balik khidmat hutangnya.

Seseorang itu dicadangkan membuat pinjaman peribadi melalui institusi kewangan tidak melebihi 60 peratus pendapatan bulanannya atau jumlah tidak melebihi 10 kali emolumennya.

Dalam konteks pinjaman kenderaan pula sebanyak RM65,000 dengan bayaran anggaran RM700 sebulan selama sembilan tahun dicadangkan bedasarkan harga kenderaan tidak melebihi 12 bulan emolument seseorang itu.

Pihak majikan tidak mahu warga kerja menanggung bebanan hutang yang tinggi kerana keadaan ini boleh menjejaskan prestasi kerja seseorang dan mendorong kepada salah laku jika menjalani kehidupan melebihi pendapatan bulanannya.

Dalam konteks sektor awam pula pinjaman perumahan dengan anggaran bayaran bulanan kasar RM500 bagi setiap RM100,000 pinjaman dan kelayakan pinjaman RM100,000 bagi gaji RM1,000.

Pada peringkat individu pula elakan berhutang untuk sesuatu perkara yang bukan keperluan, melainkan tidak dapat dielakan dan diingatkan usah tiru gaya hidup orang berada atau kaya.

Justeru jalanilah kehidupan mengikut kemampuan, bak bidalan ukur baju di badan sendiri. Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.

Begitu juga nasihat daripada pakar kewangan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) perlulah dipatuhi serta dijadikan pedoman berbelanja agar kehidupan dapat dijalani dengan teratur dan sempurna.

YOSRI ABU MAHSIN
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya