Biarlah hidup tidak seberapa janji bebas rasuah

Biarlah hidup tidak seberapa janji bebas rasuah

APA guna hidup mewah dengan wang rasuah jika pada akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERSYUKURLAH walaupun gaji tidak mewah tetapi anda masih ada kerja berpendapatan halal. Apa guna gaji mewah tetapi campur dengan wang haram?

Seingat saya, sejak dulu lagi rakyat diingatkan tentang bahaya amalan rasuah. Sudah banyak kempen termasuk melalui media sosial sudah dibuat untuk memberi kesedaran kepada rakyat.

Ingat lagi kisah jerung dan ikan bilis? Kalau anda ada pilihan, bagi mengurangkan spesies ‘ketegar’ antara mereka berdua, apa yang akan anda lakukan?

Inilah sebenarnya perumpamaan antara golongan yang mengambil rasuah. Golongan jerung sebenarnya susah sikit hendak ditangkap. Dia punya mengelupur boleh tenggelam bot penangkap ikan. Akan tetapi ikan bilis mudah ditangkap, tak mengelupur pun. Tak kiralah siapa anda, salah tetap salah.

Sekarang ini, menurut perhatian saya sebagai pegawai badan berkanun dan penegak undang-undang, pelajar sekolah harus difahamkan dengan apa itu rasuah dan kesannya pada negara jika ia menjadi amalan turun-temurun.

Mengikut sejarah, runtuh kota Melaka kerana rasuah, runtuhnya pemerintahan khalifah Uthmaniyah di Istanbul pada 3 Mac 1924 juga kerana rasuah.

Di akhir zaman ini, jangan tidak tahu, dajal sebenar pun akan tawarkan rasuah bagi orang yang ingin menjadi pengikutnya. Kalau dajal tidak memberi rasuah, masakan ada pengikutnya.

Akhir sekali, jika tiada penawaran, masakan ada pembeli. Inilah realiti sebenar apabila banyak dilaporkan penerima rasuah ditangkap sebaliknya pemberi pula kadang-kadang atau jarang ditangkap. Sepatutnya, ia perlu seimbang kerana melakukan kesalahan sama.

Justeru, utamakan diri dan rakyat. Bebas dari rasuah merupakan prinsip paling utama. Bebas rasuah, bebas dadah, bebas dedah tetapi jangan bebas akidah dan buta sejarah.-UTUSAN

IBNU ARASY DZIKRULLAH dan SARIMAH ISMAIL
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya