Ambil tahu ilmu menyelamat mangsa renjatan elektrik

Ambil tahu ilmu menyelamat mangsa renjatan elektrik

KEBAKARAN atau kemalangan boleh dielakkan sekiranya pengguna peka terhadap cara menyelamatkan mangsa dan penggunaan sebenar sambungan wayar.-UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBATANG pelepah kelapa yang tersangkut di atas dawai aluminium menyebabkan ia terputus dan jatuh ke atas dawai pagar di hadapan rumah Cik S menyebabkan pagar itu menjadi ‘hidup’ (pengaliran arus elektrik).

Apabila Cik S terpegang satu daripada dawai pagar itu, dia terus mendapat kejutan elektrik. Cik S menjerit minta tolong.

Cik H yang ada berdekatan cuba menolong dengan terus memegang dawai kedua, dia juga mendapat kejutan elektrik.

Jeritan Cik H membawa seorang lagi, Encik M ke tempat kemalangan. Dia diberitahu oleh Cik H yang masih sedar bahawa dawai pagar itu ‘hidup.’

Encik M terus mengambil sebatang kayu dan memukul dawai pagar itu dengan kuat dan kedua-dua mangsa terlepas daripada pegangan pagar itu.

Mangsa pertama, Cik S mendapat kesan bakar kecil sementara Cik H mengalami bakar kecil di jari.

Amatlah malang jika terlibat dalam kemalangan seperti ini sedangkan bukan salah kita tetapi menjadi mangsa keadaan.

Sebenarnya kemalangan elektrik seperti ini boleh dielakkan jika kita mengetahui cara dan ilmu dalam menyelamatkan mangsa dan penggunaan elektrik yang betul.

Statistik kemalangan elektrik menunjukkan selalunya orang yang terlibat itu sendiri yang menempah kemalangan.

Misalnya, seseorang menerima kejutan elektrik ketika cuba memasukkan plag dalam satu sambungan dawai lampu yang menggunakan adaptor dua saluran. Suis lampu dipasang oleh adik lelakinya. Oleh kerana salah satu daripada dawai itu longgar, telah berlaku kemalangan.

Kemudian, sambungan itu bersambung kepada seterika dan ini adalah satu sambungan yang tidak patut diadakan. Di sini jelaslah betapa sesetengah orang melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang dan keselamatan.

Membuat sambungan-sambungan tambahan tanpa izin Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah salah di sisi Ordinan Letrik.

Kebenaran daripada TNB wajib diperoleh sebelum membuat sambungan tambahan bagi menjamin keselamatan dari segi membebankan sambungan dawai ataupun untuk mengelak berlaku sambungan bahaya.

Jika kebenaran diberikan, ia tetap harus dilakukan oleh kontraktor elektrik yang bertauliah serta berdaftar dengan TNB.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya