Ahli politik terikat dengan halal dan haram

Ahli politik terikat dengan halal dan haram

AHLI politik perlu memikirkan kesan terhadap rakyat dan negara dalam setiap tindakan yang diambil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENGLIBATAN seseorang dalam dunia politik selalunya dikaitkan dengan perjuangan. Lihat sahaja bagaimana barisan pemimpin dahulu memperjuangkan hak rakyat di tanah air ini.

Namun, hari ini kita melihat sesetengah ahli politik sudah lari daripada perjuangan sebenar sehingga boleh menjurus kepada situasi yang tidak diingini seterusnya boleh memporak-perandakan sesebuah organisasi dari segi tujuan dan matlamat terhadap induk pelayaran atau perjuangan.

Ia terjadi apabila wujudnya tingkah laku atau sikap yang kurang baik dalam perjuangan politik.

Apa yang mendukacitakan situasi terkini apabila pemimpin tertinggi parti politik terlibat dengan pelbagai salah laku dan ia perlu dihukum selari dengan kesalahan yang dilakukan.

Parti politik bukan seperti institusi keluarga yang mana apabila isteri dan anak tidak boleh melenting atau menzahirkan kemarahan sekiranya suami atau bapa membuat kesalahan.

Parti politik terikat dengan undang-undang dengan jangan sesekali melangkaui agama dalam perjuangan. Ahli politik terikat dengan halal dan haram. Maka, tidak boleh membuat sesuatu tindakan tanpa memikirkan kesan pada negara dan rakyat.

Jangan sesekali meletakkan martabat politik lebih tinggi daripada agama.

Justeru, ahli politik perlu berubah dengan memastikan perjuangan mereka seharusnya disusuli dengan tatacara serta tatasusila yang baik. Dengan ini, aktiviti kurang sihat dalam politik dapat diatasi dari awal sekali gus memastikan parti dapat melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negara.-UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya