Sanusi hanya perlufokus kesusahan, masalah rakyat

Sanusi hanya perlu fokus kesusahan, masalah rakyat

TINDAKAN Muhammad Sanusi Md. Nor mempertikaikan Rumah Terbuka Malaysia Madani terkena batang hidung sendiri apabila majlis anjurannya turut diselitkan aktiviti berunsur politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MEMBERI respons kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan rumah terbuka di enam negeri yang dikatakan bermotifkan  politik kerana program itu dianggap kempen pilihan raya negeri (PRN), Namun, rupa-rupanya pecah tembelang apabila Muhammad Sanusi ibarat cakap tak serupa bikin, sedangkan dalam diam- diam beliau didakwa memperalatkan mahasiswa serta pelajar bagi tujuan kepentingan politik.

Jadi, sekarang saya hendak bertanya dengan kamu, Muhammad Sanusi, siapakah yang berpolitik sebenarnya?

Sepatutnya sebagai Menteri Besar, beliau tidak perlu mengeluarkan kenyataan berunsur politik sebaliknya mengambil tanggungjawab terhadap kesusahan penduduk di beberapa kawasan di Kedah yang berdepan masalah bekalan air bersih.

Bertambah malang lagi ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri, rata-rata penduduk ditemui meluahkan rasa kesal dengan pentadbiran kerajaan negeri kerana gagal menangani masalah rakyat.

Sudahlah gagal mentadbir negeri dengan baik, ada hati pula mahu menuntut Pulau Pinang ekoran kononnya negeri tersebut menjadi hak milik Kedah.

Satu lagi pertanyaan, bagaimana majlis Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasminya di Alor Setar bersama 1,000 mahasiswa ada angkat sumpah taat setia?

Para pelajar diketuai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) pada majlis itu membaca ikrar sokongan kepada Muhammad Sanusi sebelum sesi soal jawab dengan beliau selama lebih sejam mengenai Kedah dan hal berkaitan negara.

Justeru, saya nasihatkan Muhammad Sanusi untuk berhenti berpolitik kerana rakyat Kedah sudah semakin sedar dan tahu sikap beliau yang sebenar apabila menjawat jawatan Menteri Besar berbanding Menteri Besar pembangkang yang lain.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya