Proklamasi Orang Melayu bakal jadi ‘tsunami’ - Utusan Malaysia

Proklamasi Orang Melayu bakal jadi ‘tsunami’

ADAKAH orang Melayu akan bangkit sama seperti mereka menentang Malayan Union pada 1946? – ARKIB UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TANPA angin dan ribut, tiba-tiba bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat kenyataan baru-baru ini bahawa beliau tidak lagi bersama Gerakan Tanah Air (GTA).

Ini memberi sedikit kejutan baik kepada penyokong mahupun lawan. Faktanya, kelihatan GTA tidak akan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Namun, ia tidak memberi kesan ke atas usaha menyatukan orang Melayu kerana seperti semua tahu, momentum sokongan kepada Proklamasi Orang Melayu (POM) semakin mendapat sambutan.

POM yang diisytiharkan oleh Dr. Mahathir pada 19 Mac lalu mengandungi 12 fokus utama bagi memperkasakan semula keunggulan kuasa politik orang Melayu, umat Islam dan masyarakat peribumi.

Ramai pemimpin Melayu yang datang dari pelbagai latar belakang politik memberi sokongan kepada POM dengan menurunkan tandatangan di hadapan Dr. Mahathir.

Isyarat yang diberikan bahawa POM ini adalah satu usaha menyatukan orang Melayu dan ia melangkaui garis politik berjaya diterima.

Isyarat ini juga bersifat dua hala, iaitu ramai merasakan Dr. Mahathir tidak perlu berada di atas mana-mana landasan politik untuk menyatukan orang Melayu. Ini kerana sifat negarawan yang dimilikinya sudah memadai untuk menyatukan orang Melayu.

Riak-riak air yang bermula beberapa bulan lalu sedang membina ombak yang akhirnya akan berkembang bertukar menjadi tsunami.

Agak mengujakan kerana sepertinya sejarah yang pernah berlaku lebih 70 tahun dahulu akan berulang dan kita akan terlibat di dalamnya.

Orang Melayu patut menyambut keterujaan ini dan melibatkan diri dalam proses melakar satu sejarah yang akan diingati dunia.

Ini membuktikan jika diperlukan, orang Melayu mampu bergerak di dalam satu penyatuan.

Jika dahulu menentang Malayan Union, hari ini untuk mempertahankan dan menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kesucian agama Islam. – UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM, Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya