Pengangkutan awam mampu elak kemalangan - Utusan Malaysia

Pengangkutan awam mampu elak kemalangan

MOT sedia menyiasat pengusaha syarikat bas ekspres yang menaikkan harga tambang melebihi 10 peratus surcaj dibenarkan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETIKA cuti Hari Raya Aidilfitri yang baru berlalu, ramai perantau pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya bersama keluarga tersayang.

Setiap kali musim perayaan termasuk Deepavali dan Tahun Baharu Cina, jalan raya di negara ini menjadi sangat sibuk dengan pengguna memandu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berjumpa keluarga dan rakan-rakan.

Dengan peningkatan jumlah kenderaan sekali gus peningkatan risiko untuk berlaku kemalangan jalan raya. Setiap tahun, ribuan orang terkorban dalam kemalangan jalan raya semasa musim perayaan. Pencegahan kemalangan jalan raya semasa musim perayaan adalah penting untuk menurunkan kes kemalangan.

Antara langkah pencegahan yang boleh diambil adalah berhemah semasa memandu, mengelakkan memandu terlalu lama, membuat pemeriksaan kenderaan sebelum memandu jauh, mematuhi had laju, memberi keutamaan kepada keselamatan dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Cara lain adalah dengan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam kerana ia adalah satu lagi kaedah untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Penggunaan pengangkutan awam juga membantu mengurangkan kesesakan jalan raya dan mengurangkan bilangan kemalangan.

Selain itu, pengangkutan awam juga membantu mengurangkan tekanan dan stres ketika memandu di dalam trafik yang sesak.

Dengan menaiki pengangkutan awam, kita dapat mengurangkan tekanan dan stres serta membolehkan tubuh berehat semasa perjalanan. Oleh itu, kemudahan pengangkutan awam di negara ini perlu ditingkatkan. – UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MD. FAUZI AHMAD, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya