Kenapa anggap bukan orang Malaysia? - Utusan Malaysia

Kenapa anggap bukan orang Malaysia?

SEMUA pihak diminta menghentikan polemik berhubung kewujudan sekolah vernakular di negara ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM kalangan masyarakat Cina di negara kita, terdapat sesetengah individu sangat memihak kepada China, khususnya golongan warga tua yang masih menganggap diri mereka rakyat negara itu dan bukan orang Malaysia.

Mereka menyokong China semasa laut dan ruang udara Malaysia diceroboh negara tersebut termasuk terbaharu sejak Januari lalu, kapal pengawal pantai China memasuki kawasan sekitar Beting Patinggi Ali di perairan Sarawak bagi mengganggu kerja-kerja eksplorasi gas dan minyak.

Hal ini kerana mereka merasa kedudukan orang Cina di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama setengah abad adalah seperti warganegara kelas kedua dan mendakwa kaum itu ditindas oleh kerajaan.

Oleh itu, mereka mengharapkan kebangkitan China sejak 20 tahun lalu untuk menjadi negara kuasa besar dunia dapat membantu meningkatkan kedudukan kaum Cina di Malaysia.

Tetapi sebagai orang Cina, saya melihat kerajaan sebenarnya melayan semua kaum secara adil termasuk membenarkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menggunakan bahasa Mandarin sebagai pengantar dan memberikan peruntukan kepada sekolah itu pada setiap tahun.

Orang Cina juga berhak mengundi pada setiap kali pilihan raya serta boleh mendapatkan bantuan kebajikan yang diberi oleh kerajaan kerana mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

Adakah warganegara kelas kedua dilayan sebegini? Semua negara di dunia tidak membenarkan kaum minoriti belajar bahasa ibunda mereka di sekolah awam kecuali di Malaysia.

Meskipun, China telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang seperti rangkaian generasi kelima (5G) dan meneroka angkasa lepas, tetapi itu bukan alasan untuk kaum Cina menafikan identiti mereka sebagai warganegara Malaysia. – UTUSAN

TEO WEI HONG, Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya