Buang yang keruh ambil yang jernih

Buang yang keruh ambil yang jernih

MUKHRIZ Mahathir (dua dari kanan) menandatangani borang Proklamasi Orang Melayu di hadapan Dr. Mahathir Mohamad merupakan satu petanda baik ke arah memperkasakan semula orang Melayu di tanah air kita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TINDAKAN Majlis Pimpinan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Kedah menandatangani borang Proklamasi Orang Melayu amat bermakna serta dialu-alukan.

Pejuang Kedah yang diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir menandatangani borang Proklamasi Orang Melayu di hadapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan satu petanda baik ke arah kami berganding bahu semula demi wadah perjuangan bagi memperkasakan semula orang-orang Melayu di tanah air kita.

Sekretariat Orang Melayu amat gembira dengan majlis tersebut yang dianjurkan di Kubang Pasu, Kedah serta akan memanjangkan jemputan pada Pejuang untuk menghantar wakil membarisi dalam jawatankuasa Sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Malahan di peringkat awal penubuhan Sekretariat Orang Melayu, Ketua Setiausaha Sekretariat, Datuk Marzuki Yahya telah pun mengagihkan kuota untuk wakil Pejuang duduk sebaris dalam saf perjuangan ini.

Insya-Allah, Sekretariat Proklamasi Orang Melayu akan berhubung seterusnya berbincang dengan kepimpinan Pejuang ke arah sama-sama berjuang bagi mencapai satu matlamat yang sama.

Jutaan terima kasih kepada Mukhriz dengan seluruh kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri Kedah yang telah sudi menandatangani borang Proklamasi Orang Melayu secara en bloc.

Kita semua harus buang yang keruh ambil yang jernih demi wadah perjuangan masa depan orang-orang Melayu.

Dalam apa jua situasi, pemimpin-pemimpin Pejuang tetap dekat di hati kami.

Sesungguhnya, kami tidak pernah berbalah atas dasar peribadi ketika bersama Pejuang dahulu tetapi pada ketika itu hanyalah perbezaan pendirian politik semata-mata.

Dalam politik, kita boleh bekerjasama dan bergabung semula dalam pelbagai kaedah pada realitinya. Ada kalanya kita tidak perlu satu gabungan secara terus tetapi kerjasama secara dalaman juga akan memberi impak besar serta lebih efektif.

Kaedah penyatuan tidak penting tetapi keikhlasan kita untuk bergabung tenaga serta bersatu hati akan membuahkan hasil yang terbaik.

Secara peribadi juga, saya amat mengalu-alukan tindakan murni Pejuang untuk menyokong gerakan Proklamasi Orang Melayu yang diterajui Dr. Mahathir.-UTUSAN

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya