Biarlah PRN nanti dipenuhi budaya politik matang

Biarlah PRN nanti dipenuhi budaya politik matang

DIHARAP budaya politik matang dapat diterapkan dan diamalkan dalam proses pilihan raya negeri (PRN) akan datang supaya nilai demokrasi sebenar dapat dijunjung tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA masa kini, orang awam mempunyai persepsi negatif terhadap istilah politik kerana acap kali ditafsirkan sebagai tindakan merebut kuasa.

Namun, masih terdapat pelbagai insiden yang menghalang usaha ke arah politik matang. Contohnya, pergaduhan antara penyokong parti politik, memanipulasi isu bangsa serta agama dan sebagainya untuk dijadikan ‘modal’ politik.

Tindakan tersebut berlaku akibat terlalu taksub kepada politik sama ada terhadap tokoh ataupun parti sehingga hilang pertimbangan rasional dan matang.

Budaya taksub kepada politik ini juga berpotensi memandulkan akal masyarakat untuk memilih calon atau parti yang bertanding berdasarkan merit dan rekod pencapaian selain menyebabkan masyarakat buta dalam membuat penilaian serta mudah terpengaruh dengan janji-janji atau manifesto bersifat populis.

Sekiranya budaya negatif ini tidak disingkirkan, maka perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat akan terjejas. Ini kerana isu bangsa dan agama seringkali dijadikan ‘peluru’ oleh sebahagian politikus untuk menyerang musuh politik bagi meraih sokongan daripada orang awam. Jika keadaan ini berlarutan ditambah lagi dengan perkembangan budaya taksub politik, sudah pasti proses demokrasi negara tidak dapat dilaksanakan dengan lancar dan aman.

Bagi calon atau parti yang kalah pula haruslah bersikap matang dan berlapang dada dengan cara mengucapkan tahniah kepada pihak yang meraih kemenangan dan menggalas tanggungjawab sebagai pembangkang berkualiti. Kematangan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak tersebut akan melahirkan suasana politik yang matang dan harmoni, sekali gus dapat memastikan proses semak dan imbang berfungsi dengan lancar.

Agar tidak terjerat dengan budaya ini, orang awam khususnya golongan belia perlu memperkasakan diri dengan pengetahuan politik dan isu semasa bagi mengelak diri daripada dimanipulasi oleh dakyah politik kurang matang. Justeru, usaha meningkatkan literasi politik oleh pelbagai pihak perlu digiatkan dengan lebih aktif lagi supaya orang awam celik politik dan memahami proses demokrasi negara.-UTUSAN

MUHAMMAD SYAKIR IDRIS
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Pahang Kampus Raub

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya