SAUDARA PENGARANG,
Penyambung taman merupakan satu konsep pembinaan taman yang menghubungkan antara taman. Penyambung taman yang dimaju bangunkan di Singapura membantu mencorak bandar negara itu dengan elemen hijau dengan lebih teratur dan seimbang sehingga digelar sebuah negara bandar dalam taman.
Penyambung taman diibaratkan seperti sarang labah-labah, menghubungkan taman awam bandar yang besar yang bermula di pusat bandar dengan taman-taman yang lebih kecil di sekitarnya sehingga ke pinggir bandar lalu terbentuk seperti sarang labah-labah.
Walau bagaimanapun, penyambung taman tidak dibangunkan secara progresif di Shah Alam, Selangor.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah berusaha keras untuk menambaik kualiti keseluruhan taman-taman tasik ke arah pencapaian Bandar Rendah Karbon 2035. Pihak MBSA dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengeluarkan Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon pada 2021 telah menyenaraikan pelan tindakan khusus dalam pelaksanaan taman awam ke arah pembangunan bandar hijau.
Walau bagaimanapun, penyambung taman tidak dimasukkan sebagai elemen penting dalam pelan tindakan tersebut. Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya memasukkan elemen penyambung taman dalam setiap pelan tindakan pembangunan bandar hijau sementara jadikan Singapura sebagai rujukan utama.-UTUSAN
NABILAA MOHAMED
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian
Polisi, UiTM Shah Alam