Rawat sikap bakhil dengan menderma

Rawat sikap bakhil dengan menderma

ISLAM menganjurkan amalan menderma dan membantu orang lain dengan janji ganjaran pahala.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KITA masih di minggu pertama bulan Syawal yang diraikan sebagai kejayaan menunaikan kewajiban berpuasa. Umat Islam berdikit-dikit membuat persiapan menyambut hari raya mengikut kemampuan dan keperluan tanpa pembaziran. Itu yang digalakkan dalam Islam.

Virus pembaziran perlu dirawat agar tidak merosakkan keberkatan Syawal dengan sikap suka membazir. Didik diri, keluarga dan masyarakat berbelanja mengikut keperluan, bukan kehendak. Ia adalah manifestasi mental kelas atasan yang berpendidikan dan kecerdikkan emosi yang terlatih dengan kawalan kerohanian yang mapan melalui madrasah Ramadan.

Tidak salah untuk meraikan hari lebaran tetapi perlu hemat dalam berbelanja agar tidak terjebak dengan pembaziran apatah lagi terbelit dengan hutang kad kredit kerana perbelanjaan yang melebihi pendapatan dan kemampuan kewangan isi rumah demi menurut kehendak yang ingin mengikut trend semasa.

Selain pembaziran, satu lagi virus rohani yang perlu dirawat ialah sikap bakhil. Islam menganjurkan amalan menderma dan membantu orang lain dengan janji ganjaran pahala.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): jika kamu memiliki perbendaharaan rahmat Tuhanku pada ketika itu tentulah kamu akan berlaku bakhil kedekut kerana takut kehabisan, dan sememangnya manusia itu bertabiat bakhil kedekut.” (Al-Isra: 100).

Justeru, anjuran baginda Rasulullah SAW agar bersederhana dalam segala hal boleh mengimbangi neraca ekstrim dalam diri manusia; pembaziran dan kebakhilan.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Musnahlah orang yang melampau”. (Riwayat Muslim Hadis 2670).

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama , dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil), dan baikilah (dengan sebaik-baik segala usaha dan) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya”(Tafsir Pimpinan al-Rahman).-UTUSAN

DR. AIZAN BINTI ALI @ MAT ZIN
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN