Pertikai keputusan mahkamah jejas kredibiliti institusi kehakiman

Pertikai keputusan mahkamah jejas kredibiliti institusi kehakiman

KEPUTUSAN mahkamah menolak permohonan Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn. Bhd. dilakukan selepas mengambil kira segala bahan bukti atau keterangan, prosedur perbicaraan yang telah dilakukan serta penghujahan dikemukakan sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMUA pihak harus menerima keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Susulan itu, keputusan dibuat pada 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib adalah kekal. Ini bermakna bekas Perdana Menteri itu kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sudah pasti keputusan Mahkamah Persekutuan ini dilakukan selepas mengambil kira segala bahan bukti atau keterangan, prosedur perbicaraan yang telah dilakukan serta penghujahan dikemukakan oleh pihak- pihak berkaitan dengan kes terbabit di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan sebelum ini. Adalah amat tidak wajar sekiranya manamana pihak terus mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan terbaru ini kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti serta kewibawaan sistem dan institusi kehakiman negara kita.

Adalah penting bagi semua pihak untuk bertenang serta menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah bagi terus menjamin kestabilan serta keyakinan masyarakat terhadap institusi undangundang serta kehakiman yang ada dalam negara kita.

Fungsi mahkamah adalah untuk menegakkan keadilan untuk semua pihak.

Bagi memastikan sistem kehakiman berjalan dengan baik, institusi mahkamah akan memastikan proses keadilan berjalan dengan saksama berlandaskan undang-undang sedia wujud dalam negara kita tanpa mengira siapa juga yang diadili.

Oleh demikian, adalah penting untuk semua pihak memberi kepercayaan serta sokongan penuh kepada institusi kehakiman dan paling penting menghormati institusi kehakiman itu sendiri. Sebarang ketidakpuasan terhadap sesuatu keputusan atau perkara bolehlah disalurkan melalui proses serta peruntukan undang-undang yang ditetapkan.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya