Pemilihan jawatankuasa kariah masjid melalui kaedah lama

Pemilihan jawatankuasa kariah masjid perlu dilakukan melalui kaedah lama

PEMILIHAN jawatankuasa kariah masjid Pulau Pinang perlu melalui kaedah lama yang menjadi tradisi iaitu ditentukan oleh penghulu atau wakil daripada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dengan kerjasama pihak pejabat agama daerah sebagai urus setia panel pemilihan. -GAMBAR KIRIMAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin menyatakan pendapat tentang isu yang pernah dicetuskan dalam kalangan anak kariah di sebuah masjid di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang semasa sesi mesyuarat agung bagi pemilihan jawatankuasa kariah baharu Pulau Pinang.

Saya turut hadir semasa muzakarah bersama pengurusan masjid dan asatizah anjuran Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang di Seberang Perai Arena, Seberang Jaya. Namun sedikit terkilan kerana masih terdapat beberapa buah masjid yang tidak menghantar wakil ke muzakarah yang dianggap sangat penting untuk mendapatkan penjelasan menerusi sesi dialog bersemuka dengan 11 buah agensi Islam demi menjayakan misi khaira ummah menjelang 2030.

Hasil daripada muzakarah tersebut, saya berpandangan bahawa cara untuk mengatasi masalah ketidakpuasan hati anak kariah terhadap pemilihan jawatankuasa kariah masjid Pulau Pinang tempoh hari adalah melalui kaedah lama yang menjadi tradisi iaitu ia ditentukan oleh penghulu atau wakil daripada pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dengan kerjasama pihak pejabat agama daerah sebagai urus setia panel pemilihan.

Ini memandangkan kaedah pelantikan cara baharu melalui satu mesyuarat agung kurang sesuai dan sangat tidak praktikal selain lebih banyak mengundang masalah. Malah tidak semua anak kariah mengenali karakter atau bakat kepimpinan calon untuk dilantik sebagai pengerusi dan ahli jawatankuasa kariah.

Bukan itu sahaja, jawatankuasa kariah turut memegang jawatan imam di kariah masjid lain dan memegang jawatan penting dalam politik sekali gus menyebabkan mereka terlepas pandang tugas di masjid.

Hal sedemikian amat bertentangan dengan sistem atau tatacara pelantikan jawatankuasa masjid mengikut Enakmen Pentadbiran Islam Pulau Pinang (2004) yang dianggap perjalanan mesyuarat agung kariah serta pelantikan yang dibuat adalah secara tidak teratur.

Selain itu terdapat kes-kes yang melibatkankan sentimen politik kepartian kalangan anak kariah dalam mengelola atau urus tadbir masjid dan keadaan ini jika dibiarkan akan berlaku masalah besar yang boleh memecah-belahkan anak kariah.

Justeru, pihak Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang harus mengambil perhatian serius terhadap cadangan serta beberapa masalah yang dikemukakan ini demi kebaikan ummah Pulau Pinang kerana kompas moralnya adalah terletak di bawah pengurusan masjid.-UTUSAN

CUCU TOK JANGGUT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya