Pelajar gugur taraf kecewadengan pengurusan UiTM

Pelajar gugur taraf kecewa dengan pengurusan UiTM

ADA pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima notis digugurkan taraf secara tiba-tiba baru-baru ini kerana gagal menjelaskan bayaran yuran pengajian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA merupakan salah seorang mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang secara tiba-tiba mendapat notis digugurkan taraf sebagai pelajar baru-baru ini atas alasan tidak membayar yuran.

Sebelum ini tarikh akhir untuk membayar yuran adalah sehingga hujung semester tanpa perlu membuat rayuan penangguhan bayaran.

Sebagai pelajar, kami menjangkakan perkara sama pada semester ini. Tetapi malangnya secara tiba tiba ramai bertukar status sebagai gugur taraf disebabkan tidak membayar yuran.

Semua pelajar yang terlibat pelik dan terkejut, kenapa jadi seperti itu? Kenapa secara tiba-tiba status mereka gugur? Apabila ditanya kepada pihak pengurusan, rupa-rupanya tarikh akhir untuk membayar
yuran telah diubah tetapi pelajar tidak diberikan notis. Manalah kami tahu ia sudah diubah sekiranya pihak atasan tidak mengeluarkan notis. Tiba-tiba sahaja keluar nama dalam senarai Gugur Taraf. Bayangkan, satu kelas boleh gugur taraf bahkan kira-kira 800 lebih pelajar berdepan masalah sama.

Lebih malang, perkara ini berlaku pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kami hubungi Bendahari dan Hal Ehwal Akademik (HEA) untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi tidak berjawab kerana masih berhari raya.

Penyelia pula seperti lepas tangan dengan meminta kami menghubungi Bendahari dan HEA. Akhirnya, pelajar-pelajar buntu. Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian sebegini.

Bayangkan, kami sudah penat-penat belajar, tiba-tiba status gugur taraf. Sia-sia sahaja belajar kalau perkara ini tidak boleh diselesaikan.

Difahamkan ada pelajar menerima notis singkat untuk menyelesaikan yuran pada 17 April lalu dan meminta membayarnya pukul 3 petang hari yang sama. Ada yang segera bayar seperti diminta tetapi masih berstatus gugur taraf. Alasannya kerana yuran dibayar lewat selepas 10 April.

Pelbagai masalah timbul. Ini termasuk pelajar yang sudah membayar yuran pada 17 April lalu perlu mengisi borang untuk menarik balik status gugur taraf dan perlu membayar tambahan RM200.

Sepatutnya pihak pengurusan UiTM menghantar notis kepada pelajar lebih awal supaya mereka dapat bertindak dan bukannya memberi notis singkat serta terus gugur taraf hingga tidak memberi ruang untuk pelajar merayu.

Tindakan UiTM menganiaya pelajar seperti ini tidak termaktub dalam prinsip penubuhan universiti berkenaan bermatlamat membantu pelajar bumiputera yang susah.-UTUSAN

PELAJAR KECEWA
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya