Jangan alpa renjatan elektrik boleh berlaku ketika banjir - Utusan Malaysia

Jangan alpa renjatan elektrik boleh berlaku ketika banjir

PASTIKAN semua perkakas elektrik yang telah terendam air diuji terlebih dahulu oleh kontraktor yang berdaftar atau orang yang berkelayakan untuk memperbaiki atau menentukan tahap keselamatan peralatan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA Disember tahun lalu, tiga beradik maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik semasa salah seorang daripada mereka memegang tiang pada garaj di sebuah rumah jiran di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan sebelum jatuh ke dalam air banjir pada paras buku lali di hadapan rumah tersebut.

Kejadian malang tidak berbau ini kerap berlaku pada musim banjir namun ramai yang terlepas pandang bahaya renjatan elektrik mungkin kerana lebih memikirkan kesan dan perbelanjaan besar yang perlu ditanggung akibat bencana ini.

Jadi, amat penting untuk orang ramai mengetahui tindakan yang sewajarnya diambil bagi mengelakkan kemalangan akibat renjatan elektrik terutama ketika banjir.

Sekiranya rumah atau kawasan kediaman ditenggelami air, segera lakukan beberapa langkah ini bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Pertama, suis utama hendaklah ditutup dengan segera apabila air mula masuk ke dalam rumah. Kedua, jangan pegang atau sentuh wayar elektrik yang telah putus. Pihak Tenaga Nasional Berhad perlu dihubungi dengan segera apabila kejadian ini berlaku.

Pastikan pemasangan elektrik diuji oleh kontraktor yang berdaftar sebelum bekalan boleh digunakan apabila rumah anda ditenggelami air. Wayar-wayar dan suis-suis yang lembab dianggap bahaya kepada penghuni rumah.

Semua perkakas elektrik seperti peti sejuk, dapur elektrik, radio, televisyen dan sebagainya yang telah terendam air hendaklah diuji terlebih dahulu oleh kontraktor elektrik yang berdaftar atau orang yang berkelayakan untuk memperbaiki atau menentukan tahap keselamatan peralatan tersebut.

Perkakas yang telah terendam di dalam air sangat bahaya jika digunakan sebelum diuji. Saya percaya langkah-langkah ini akan dapat mengelakkan renjatan elektrik ke atas mangsa banjir. – UTUSAN

BULBIR SINGH, Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya